Sebuah belanjawan harus dinilai berdasarkan sejauh mana ia mewujudkan keterjaminan, maruah dan peluang bagi rakyat biasa. Rakyat pekerja Malaysia berhak menikmati sebuah ekonomi yang memberi manfaat kepada mereka, bukannya ekonomi yang sentiasa terus meminta mereka untuk menanggung kos akibat kelemahan ekonomi itu sendiri.
Kenapa gaji harus dinaikkan? Analisis tentang model gaji rendah di Malaysia
Jika barangan mampu beli itu bergantung pada pekerja-pekerja yang terlalu miskin untuk mampu membeli barangan yang dihasilkan oleh mereka, apa yang boleh dikatakan tentang model ekonomi kita?
Produktiviti meningkat, gaji bila pula?
Pekerja-pekerja meningkatkan produktiviti. Gaji ketinggalan di belakang. Kemudian pekerja-pekerja diberitahu pula bahawa produktiviti perlu ditingkatkan lagi sebelum gaji boleh dinaikkan.
Cabaran kontemporari gerakan kiri di Malaysia
Ternyata bahawa gerakan kiri di Malaysia berdepan dengan cabaran yang perit. Walau bagaimanapun, PSM mempunyai idea untuk membawa negara ini ke hadapan. Dan PSM sedang bekerja keras untuk membina gabungan parti dan gerakan rakyat progresif yang boleh memenangi kuasa.
Bagaimana menjana pekerjaan untuk 1.2 bilion pekerja dunia?
Salah satu isu utama ialah pelaburan tidak mencukupi dan seterusnya penjanaan pekerjaan di negara-negara sedang membangun juga tidak mencukupi. Isu ini harus dibedah siasat dan difahami secara menyeluruh sebelum penyelesaian dapat dicadangkan.
Strategi “RESET” KKM yang bermasalah
Sistem kesihatan sesebuah negara mencerminkan semangat negara itu - sejauh mana kita menunjukkan belas kasihan kepada pesakit, orang tua dan orang miskin? Sama ada kita membina sebuah sistem berasaskan solidariti yang memastikan setiap orang memperoleh penjagaan kesihatan yang diperlukan mereka tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka? Adakah kita melakukan secukupnya untuk menyokong pertugas kesihatan dalam sektor awam yang kini sedang bekerja dengan waktu yang terlalu panjang untuk berkhidmat kepada pesakit mereka?
Pelancongan perubatan bukan penyelesaian kepada krisis sistem kesihatan, sebaliknya jejaskan kesihatan awam
Pelancongan perubatan hanya memanfaatkan hospital swasta, pelabur dan golongan kaya, bukannya rakyat biasa. Hasil yang dijana daripada pelancong kesihatan luar negara tidak akan kembali kepada hospital awam. Sebaliknya, keuntungan ini diedarkan dalam kalangan syarikat korporat dan pemegang saham, sementara sistem kesihatan awam kekal kekurangan dana dan dibebankan secara berlebihan.
Rakyat dijadikan mangsa: Satu analisis mengenai isu tanah dan kuasa kapitalis – dari kuil Jalan Masjid India, tanah petani Kanthan ke Kampung Sungai Baru
Penceroboh sebenar bukan rakyat yang membanting tulang di tanah itu. Penceroboh sebenar ialah sistem kapitalis yang menafikan nilai manusia, sejarah, dan keadilan — demi kepentingan keuntungan segelintir.
Kemelut doktor: Perlunya pembaharuan dalam sistem kesihatan
Kerajaan harus mengkaji secara serius bagaimana sebahagian daripada 55% kekayaan yang dikuasai oleh golongan elit ekonomi itu boleh disalurkan ke dalam tabung kerajaan sebagai cukai, dan digunakan untuk menambah baik sistem kesihatan.
Kerajaan Madani “menjentolak” RUU CCUS di Parlimen walaupun ia bukan penyelesaian mampan
Parlimen tidak harus tergesa-gesa dalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) yang boleh membawa impak negatif kepada alam sekitar.
