Pindaan Akta Kerja dialu-alukan

PSM berharap bahawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 akan diluluskan dengan cepat dan diwartakan tidak lama lagi, supaya ia dapat dikuatkuasakan dan memberi sedikit keadilan kepada pekerja. Ini merupakan kejayaan kecil dalam perjuangan berpanjangan antara buruh dengan modal.

“Kakak juga pekerja”: Pinda Jadual Pertama Akta Kerja untuk lindungi hak pekerja domestik

Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, masyarakat sivil di Malaysia melancarkan kempen “Kakak juga pekerja” dalam satu sidang akhbar atas talian pada 7 Mac 2021, untuk menggesa supaya memastikan pekerja-pekerja domestik di negara kita mempunyai hak yang sama dengan pekerja-pekerja yang lain. Kempen yang dilancarkan untuk mengiktiraf sumbangan pekerja-pekerja domestik dengan cara melindungi hak … Continue reading “Kakak juga pekerja”: Pinda Jadual Pertama Akta Kerja untuk lindungi hak pekerja domestik

WAO: Akta Kerja wajib lindungi pemohon kerja daripada diskriminasi

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa kerajaan untuk melindungi pemohon kerja daripada diskriminasi, dengan meminda Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Begitunya seruan daripada pertubuhan yang memperjuangkan kesamarataan gender ini. Pada bulan September 2018, Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan untuk meminda Akta Kerja bagi melindungi pemohon kerja dan pekerja daripada diskriminasi atas … Continue reading WAO: Akta Kerja wajib lindungi pemohon kerja daripada diskriminasi