Kesihatan itu hak asasi manusia sejagat: Jangan berniaga dengan kesihatan

Kesihatan sepatutnya merupakan perkhidmatan yang sejagat, iaitu setiap orang boleh mengakses dan menggunakannya apabila dia memerlukannya, tanpa mengira orang itu kaya atau miskin. “Tiada masyarakat boleh secara sah menggelarkan dirinya bertamadun jika seorang yang sakit dinafikan bantuan kerana tidak mampu bayar,” kata Aneurin Bevan, Menteri Kesihatan Britain pada tahun 1940-an yang mengasaskan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di negara itu.

Segerakan pelaksanaan perlindungan PERKESO 24 jam: Jangan tangguhkan hak pekerja!

Dari sudut dasar kerajaan, perlindungan 24 jam bukan hanya soal kebajikan, tetapi cara untuk melindungi rakyat daripada risiko kewangan apabila berlaku kemalangan atau kecederaan. Negara yang mempunyai sistem perlindungan sosial yang kukuh biasanya lebih cepat memulihkan keadaan ekonomi selepas krisis, kerana keluarga pekerja masih mempunyai sumber pendapatan walaupun pencari nafkah mengalami kecederaan atau hilang upaya.