oleh Hadri A Rahman “Anda tidak akan membunuh ideal ini. Anak-anak saya akan berbangga dengan ayah mereka. Para pekerja akan memberkati mayat saya.” - Perkataan yang terakhir disebutkan oleh Giacomo Mateotti sebelum dibunuh. Ketika sesi parlimen Itali pada 30 Mei 1924, Giacomo Matteotti, pemimpin Parti Sosialis Bersatu (Partito Socialista Unitario, PSU) di Dewan Perwakilan Itali … Teruskan membaca Memperingati Giacomo Mateotti
Tragedi 4 Jun 1989: Sejarah hitam negara China
Tahun ini menandakan ulangtahun ke-30 Peristiwa 4 Jun, satu tragedi berdarah yang berlaku di negara China. Sehari sebelum 4 Jun 1989, lagu Internasionale, sebuah lagu perjuangan yang melambangkan solidariti pekerja sedunia, masih berkumandang di Dataran Tiananmen, tetapi sehari selepas itu bunyi tembakan dan enjin kereta kebal di bandar Beijing telah melenyapkan impian rakyat China untuk … Teruskan membaca Tragedi 4 Jun 1989: Sejarah hitam negara China
Ada apa dengan tahun 1919?
Tahun 1919, merupakan salah satu tahun yang penuh dengan peristiwa kebangkitan rakyat, seperti tahun 1848, 1968, 1989 atau 2011. 100 tahun dahulu, pada tahun 1919, hampir seluruh dunia dilanda gelombang revolusi dan kebangkitan rakyat. Pada ketika itu, Perang Dunia I baru tamat dengan kehancuran yang teruk khususnya di negara-negara Eropah. Sementara di negara yang … Teruskan membaca Ada apa dengan tahun 1919?
Mogok Umum Winnipeg 1919
100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Teruskan membaca Mogok Umum Winnipeg 1919
5 hari pertama bulan Mei
oleh S. Arutchelvan 1 Mei ialah Hari Pekerja Sedunia. Ia menjadi hari untuk menyambut kemenangan perjuangan kaum pekerja menuntut kerja 8 jam sehari yang dimulakan sejak tahun 1886. Kejayaan ini terutamanya berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah di mana benua tersebut melalui Revolusi Industri pada masa itu. Di Malaysia pula, dua orang pemimpin agung kesatuan … Teruskan membaca 5 hari pertama bulan Mei
Memperingati S.A. Ganapathy – pejuang pekerja yang ditakuti penjajah
(Hari ini dalam sejarah) 70 tahun dahulu, pada 4 Mei 1949, S. A. Ganapathy, seorang pemimpin gerakan pekerja yang unggul pada masa itu, telah dihukum mati oleh penjajah British. Ketika S. A. Ganapathy dihukum mati, beliau hanya berusia 32 tahun. S. A. Ganapathy lahir di Tamil Nadu, India, pada tahun 1917. Beliau datang ke Singapura … Teruskan membaca Memperingati S.A. Ganapathy – pejuang pekerja yang ditakuti penjajah
Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan
Tahun ini menandakan ulangtahun ke-100 Gerakan 4 Mei di China. Gerakan 4 Mei yang muncul sebagai satu gerakan budaya dan politik pembaharuan yang anti-imperialis, menyaksikan percambahan pemikiran pelbagai aliran dalam usaha mencari jalan untuk pembebasan nasional. Gerakan ini tercetus daripada kebangkitan semangat nasionalis yang hebat selepas tamatnya Perang Dunia I. Gerakan 4 Mei merupakan sebahagian … Teruskan membaca Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan