Sebuah puisi oleh Zulfiqar Mohd Yusof
Perjuangan PSM
Sajak oleh Dr. Nasir Hashim
Tabiat Sang Penguasa
oleh Zulfiqar Mohd Yusof Sebelum berkuasa tak jemu sembah sujud rakyat tak loya menjamah di tepi jalan tak jijik dipalit lumpur. Sebelum berkuasa rela lencun rela bertandang di teratak usang rela bersengkang mata. Sebelum berkuasa banyak gula-gula janji bulan dan bintang akan ada di peha membuatkan semua terpesona. Pabila berkuasa rakyat terpaksa sembah sujud demi … Continue reading Tabiat Sang Penguasa
Punah negaraku
oleh Zulfiqar Mohd Yusof Punah negaraku kerana sang korup masih bertakhta di hati. Punah negaraku kerana sang penindas dijulang umpama pembela. Punah negaraku kerana yang bergelumang dengan maksiat diangkat sebagai penguasa. Punah negaraku kerana sang pendusta disangka berkata benar. Punah negaraku kerana yang menggadaikan tanah pertiwi disorak bak wira negara. Punah negaraku kerana sang keparat … Continue reading Punah negaraku
Sebenarnya saya sokong darurat, jika…
oleh S. Arutchelvan Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM kita adalah supaya hospital-hospital swasta itu akan diguna pakai untuk keselesaan rakyat terbanyak dan mengurangkan beban hospital kerajaan. Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah ia akan menggunakan darurat untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang tiada pekerjaan akan diberikan upah tetap setiap bulan supaya … Continue reading Sebenarnya saya sokong darurat, jika…
Panji Merdeka
oleh Penah Merah Lenin Bumi bergegar, rumahku dibakar, Kampungku hancur, kebebasanku ditegar, Akanku melangkah, biar sukar, Perjuangan kemerdekaanku, masih mekar. Api dipotong, air dikunci, Wang dijunjung, majikanku keji, Aku sabar, hatiku suci, Kini Tercetus sudah, api panji. Upah sekupang, peluh sebaldi, Lawan sekarang, bila lagi, Kaum buruh, hancur rantai gari, Kemerdekaan adalah realiti.
Seruling Raya
SERULING RAYA oleh Dr. Nasir Hashim Dengar .... dengarlah seketika cuma Seruling bambu mengalunkan keluhan syahdu Dengar ... dengarlah sejenak cuma Gendang dipalu menegur naluri membisu Dengar ... dengarlah rempuhan arus Sorak gempita menembusi ufuk dunia dan penjara mangsa Maka bergegarlah bumi dipijak Maka bergegaslah kuasa bangsat Gigih menangkis tsunami rakyat Sedar .. sedarlah duhai … Continue reading Seruling Raya
Rejim
oleh Ramlan bin Ramli Ibnu Khaldun membahaskan tentang tiga sistem pemerintahan (rejim). Rejim Primitif Rejim Rasional Rejim Syariah Sekiranya kita jujur menelusuri dan bermuhasabah, walaupun kita sekarang hidup dalam dunia moden, kita akan dapat mengenalpasti, siapa kita sebenarnya. Adakah kita Primitif Rasional atau Syariah Dalam primitif jahiliyah Muhammad mendapat wahyu menjadi Rasulullah Dalam rasional budaya … Continue reading Rejim
Aku ingin jadi ulama
oleh Ramlan bin Ramli Aku ingin jadi ulama Segala kataku adalah fatwa Maka dari mula Aku mengisi borang mulia Mendapat nombor keahlian persis aulia Tiket masuk syurga Aku ingin jadi ulama Bicaraku dan bicaranya sama Tapi aku betul dan dia dusta Kerana lidahku punya mutiara Tintaku punya cahaya Tingkahku berlapik sabda Partiku benteng … Continue reading Aku ingin jadi ulama
Dialog sang pokok
oleh Nik Aziz Afiq Akhirnya, setelah berlalu beberapa hari, barulah anak pokok muda, kecil dan lemah itu dapat tegak kembali. Sakit dipukul ribut masih terasa dalam segenap sendi. Serik dan tak mahu ulang lagi. Alangkah terkejutnya anak pokok kecil ini melihat pokok tua yang sudahpun menjadi tunggul hanya tersenyum melihat ke arahnya, mukanya tenang seperti … Continue reading Dialog sang pokok