(Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan pada 6 September 2018 oleh Sivaranjani Manickam, Ahli Jawatakuasa Pusat PSM merangkap Ketua Biro Pekerja PSM) Setelah menunggu untuk dua tahun dan dua bulan, akhirnya pengumuman kenaikan gaji minimum dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri. Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat terkejut dengan keputusan Kerajaan Pakatan Harapan yang menaikkan gaji minimum sebanyak … Continue reading Pakatan hampakan pekerja, kenaikan gaji minimum RM 50 satu penipuan!
Gaji minimum RM 1,050 – Mahathir menjaja maruah pekerja
oleh S. Arutchelvan Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad tentang penetapan gaji minimum RM 1,050 untuk seluruh negara adalah satu langkah yang menjaja maruah pekerja bergaji rendah dan satu penghinaan kepada kaum pekerja. Ia adalah satu penipuan yang amat dashyat! Sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum ini, beliau tidak pernah … Continue reading Gaji minimum RM 1,050 – Mahathir menjaja maruah pekerja
Gaji minimum naik hanya RM 50 untuk pekerja Semenanjung
MALAYSIA - 5 SEPTEMBER 2018: Kerajaan telah mengumumkan pada hari ini bahawa kadar gaji minimum diseragamkan bagi seluruh negara. Kadar gaji minimum yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 ialah RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam, untuk seluruh negara Malaysia. Ini bermakna selepas 2 tahun setengah, gaji minimum untuk pekerja di Semenanjung Malaysia hanya akan naik … Continue reading Gaji minimum naik hanya RM 50 untuk pekerja Semenanjung
Menjawab persoalan tentang isu perobohan kandang lembu Bukit Tinggi
(Berikut ialah tulisan oleh S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, yang menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan berkenaan dengan isu perobohan kandang lembung di Bukit Tinggi, Klang, Selangor, pada 27 Ogos 2018.) Apabila saya terbaca komen-komen mengenai isu perobohan kandang lembu di Bukit Tinggi, maka saya terbawa untuk memberikan sedikit maklumbalas mengenai kritikan-kritikan yang dilontarkan terhadap … Continue reading Menjawab persoalan tentang isu perobohan kandang lembu Bukit Tinggi
Mahathir suruh jangan minta gaji lebih?
“Negara kaya seharusnya mempunyai rakyat yang punya kuasa beli yang meningkat, bukan hanya kadar gaji atau upah yang tinggi.” Ini adalah yang dikatakan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Ogos 2018 semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri. (rujukan berita: Negara kaya punya daya beli tinggi, bukan upah - Dr Mahathir ) Kenyataan ini … Continue reading Mahathir suruh jangan minta gaji lebih?
Kisah seorang pekerja pembersihan di sekolah kerajaan
Saroja bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah sekolah kebangsaan. Dia diupah oleh sebuah syarikat yang mendapat kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan sekolah daripada Kementerian Pendidikan. Saroja telah bekerja di sekolah ini selama 5 tahun. Sebelum ini, dia bekerja untuk selama 10 tahun di bawah syarikat kontraktor perkhidmatan kebersihan yang berlainan, sehingga kontrak perkhidmatan kebersihan … Continue reading Kisah seorang pekerja pembersihan di sekolah kerajaan
Kisah seorang pengawal keselamatan di sekolah kerajaan
Shazni ialah seorang pekerja kawalan keselamatan yang bekerja di sebuah sekolah kebangsaan untuk selama 10 tahun. Gaji sebulannya lebih kurang RM 1,800. Dia bekerja 12 jam sehari, dan 7 hari seminggu. Jika Shazni mahu berehat untuk satu hari, dia perlu mencari seorang pengganti dengan membayarnya RM 50 sehari. Shazni tidak diupah terus oleh kerajaan walaupun … Continue reading Kisah seorang pengawal keselamatan di sekolah kerajaan
Pekerja suka kerja OT?
Tahukah anda berapa jam kerja lebih masa (OT) dibenarkan dalam sehari? Mengikut Seksyen 60A(3)(b) Akta Kerja 1955, “kerja lebih masa” (OT) ditakrif sebagai jumlah jam berlebihan selepas waktu kerja biasa dalam sehari. Mengikut Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980, seseorang pekerja dibenarkan membuat kerja lebih masa sehingga 104 jam dalam mana-mana satu bulan. Maksudnya … Continue reading Pekerja suka kerja OT?
Cabaran untuk pekerja Malaysia
Pada takat ini, negara kita mempunyai tenaga kerja seramai 14.4 juta orang, dengan kadar pengangguran lebih kurang 3.5%. Di samping itu, adanya jutaan pekerja migran yang datang dari negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara yang lain, yang diupah untuk bekerja dalam sektor-sektor seperti pembuatan, perladangan, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan kerja-kerja domestik. Golongan pekerja, iaitu mereka … Continue reading Cabaran untuk pekerja Malaysia
Kisah perjuangan Ladang Semenyih
Pekerja Ladang Semenyih boleh berbangga kerana berjuang dan mencapai kemenangan hari ini. Mereka akan menyertai senarai pekerja yang berjuang dan menang. Berani lawan, berani menang. Ini satu lagi kisah yang menunjukkan apabila anda berani berjuang, kemenangan bukanlah mustahil.
