PH jangan perlekeh kerjasama PAS-UMNO

oleh S. Arutchelvan Penyatuan dua parti Melayu terbesar dengan menandatangani piagam muafakat dalam Himpunan Penyatuan Ummah kelmarin tidak boleh dilihat sebagai satu peristiwa yang remeh atau tidak signifikan. Pakatan Harapan (PH) harus menerima peristiwa ini dengan cemas dan melakukan segala yang perlu jika mahu terus berkuasa atau tersungkur menjadi parti pemerintah untuk satu penggal sahaja. … Continue reading PH jangan perlekeh kerjasama PAS-UMNO

Hentikan skim pencen penjawat awam? Adakah Kerajaan Pakatan Harapan kehilangan akal?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Baru-baru ini, kenyataan daripada penjawat awam berpangkat tertinggi, Datuk Seri Borhan Dolah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, dan juga Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar, Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa Kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius tentang cadangan untuk menghentikan skim pencen bagi penjawat awam. Tun Dr. Mahatir melibatkan dirinya dalam kontroversi … Continue reading Hentikan skim pencen penjawat awam? Adakah Kerajaan Pakatan Harapan kehilangan akal?

PSM tidak sokong mobilisasi berasaskan politik etnik atau agama

oleh S. Arutchelvan Adalah pendapat kami dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) bahawa semua pihak patut mengambil satu langkah ke belakang dengan tidak meneruskan sebarang mobilisasi berwajahkan satu etnik atau satu agama kerana tindakan sebegini tidak akan membawa apa-apa yang baik untuk masa depan Malaysia. Sebaliknya, juara sebenar untuk politik negara adalah mereka yang berjaya menggerakkan … Continue reading PSM tidak sokong mobilisasi berasaskan politik etnik atau agama

Pakatan Harapan perlu henti dari mencetuskan isu perkauman

oleh Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) sangat kecewa dan bimbang kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri sedang menimbulkan ketegangan antara kaum. Rakyat mengundi PH dengan harapan bahawa PH akan membina sebuah masyarakat yang lebih adil dan harmoni. Majoriti rakyat Malaysia ialah orang yang sangat bertoleransi dan kebanyakan rakyat dari berbagai kaum ingin mewujudkan persefahaman … Continue reading Pakatan Harapan perlu henti dari mencetuskan isu perkauman

Kembalikan kewibawaan dan integriti polis: RUU IPCMC akhirnya dibentangkan dalam Parlimen

Setelah penungguan selama 14 tahun pelaksanaan cadangan daripada Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), akhirnya Rang Undang-Undang (RUU) IPCMC dibentangkan dalam Parlimen pada 18 Julai 2019. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen) Liew Vui Keong telah membentangkan RUU … Continue reading Kembalikan kewibawaan dan integriti polis: RUU IPCMC akhirnya dibentangkan dalam Parlimen

Sistem kontrak untuk kerja pembersihan sekolah: Salahguna peruntukan kontrak tempoh tetap!

oleh V Selvam Pemberhentian kerja hampir 45,000 orang pekerja pembersihan di sekolah kerajaan baru-baru ini, yang  disebabkan oleh  syarat-syarat  baru dalam kontrak Kementerian Pendidikan, mendedahkan sifat diskriminasi dalam sistem kontrak yang diamalkan oleh kerajaan. Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan ini kerana kerajaan jelasnya menyalahgunakan maksud kontrak tempoh tetap. Sejak penswastaan perkhidmatan pembersihan dan keselamatan … Continue reading Sistem kontrak untuk kerja pembersihan sekolah: Salahguna peruntukan kontrak tempoh tetap!

Dari Wawasan 2020 ke Kemakmuran Bersama 2030: Halatuju negara atau retorik kosong?

“Kemakmuran Bersama 2030” diumumkan pada ketika Mahathir menyedari Wawasan 2020 yang diterajuinya sudahpun tidak mungkin tercapai… Dalam perutusan bersempena sambutan satu tahun Kerajaan Pakatan Harapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 9 Mei 2019, memang dipenuhi dengan retorik yang cantik berbunga-bunga, khususnya apabila beliau mengemukakan “Kemakmuran Bersama” sebagai halatuju negara sehingga tahun 2030. … Continue reading Dari Wawasan 2020 ke Kemakmuran Bersama 2030: Halatuju negara atau retorik kosong?

Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

Setahun yang lalu, pada 9 Mei 2018, Pilihanraya Umum ke-14 telah diadakan dan sejarah baru tercipta untuk tanahair kita, apabila berlakunya perubahan rejim yang pertama di peringkat Persekutuan selepas lebih 6 dekad. UMNO-Barisan Nasional menerima kekalahan yang paling teruknya dalam sejarah pilihanraya dan kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan, di samping kecundang di negeri-negeri seperti Kedah, … Continue reading Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

Polis terlibat dalam kes penghilangan paksa – Tubuhkan IPCMC sekarang juga

  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengumumkan laporan hasil siasatan awam terhadap kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat pada 3 April 2019. Dalam laporan tersebut, panel SUHAKAM mendapati bahawa pihak polis, khususnya Cawangan Khas Bukit Aman, terlibat dalam kehilangan kedua-dua orang individu tersebut. Ini merupakan satu dakwaan yang serius terhadap Polis … Continue reading Polis terlibat dalam kes penghilangan paksa – Tubuhkan IPCMC sekarang juga