Sejak kewujudannya, perkembangan ekonomi kapitalis berlaku secara tidak seimbang, dan bukannya dalam satu garis lurus. Ekonomi kapitalis tidak bergerak menuju ke depan secara berterusan, licin dan stabil. Era pengembangan ekonomi dan era kemelesetan ekonomi muncul secara selang-seli. Selain daripada turun-naik jangka masa pendek dalam kitaran perniagaan (business cycle, di mana muncul hampir setiap 10 tahun sekali sebelum … Continue reading Teori Gelombang Panjang
Hutang
Jika seseorang itu tiada wang untuk membeli sesuatu barang, dia pergi meminjam wang daripada seorang yang lain. Orang yang mendapat wang pinjaman itu adalah penghutang, manakala orang yang meminjam keluar wangnya itu adalah pemiutang. Wang yang dipinjamkan oleh pemiutang kepada penghutang itu perlu dipulangkan kepada pemiutang. Jika pemiutang itu sangat murah hati dan tidak mengharapkan … Continue reading Hutang
Kewangan
Matawang adalah sejenis komoditi. Ia adalah komoditi di mana semua komoditi yang lain menunjukkan nilai tukar masing-masing melalui nilainya. Sebagai pengukur bersama untuk nilai, matawang tiada apa-apa sifat yang misteri. Matawang juga merupakan hasil buruh manusia, dan ia mempunyai nilai yang tertentu. Apabila aktiviti pertukaran komoditi semakin kerap dan mendominasi seluruh masyarakat, matawang bukan lagi semata-mata … Continue reading Kewangan
Kredit
Kredit adalah “kepercayaan” yang membolehkah sesuatu pihak meminjam wang atau sumber kebendaan kepada orang lain (yang menjadi penghutang), di mana penghutang tidak perlu membayar balik serta-merta tetapi membayar balik beberapa ketika selepas itu (dan biasanya dengan pulangan faedah). Oleh itu, secara ringkasnya, sistem kredit adalah sistem pinjaman dengan pulangan berfaedah. Seorang lintah darat meminjam wang kepada seseorang, … Continue reading Kredit
Krisis ekonomi
Terdapatnya sejenis kecenderungan dalam sistem kapitalis, iaitu sistem kapitalis sentiasa ingin memperluaskan pengeluaran tanpa had, memperluaskan arena persaingan untuk aktiviti-aktivitinya ke seluruh dunia, dan menganggap seluruh umat manusia itu sebagai pembeli yang berpotensi untuk komoditinya. Maka adanya satu kontradiksi yang agak menarik, seseorang kapitalis itu suka melihat kapitalis lain menaikkan gaji pekerja, kerana … Continue reading Krisis ekonomi
Langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi B20
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj (Berikut ialah cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj kepada Pejabat Perdana Menteri, berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi golongan berpendapatan terendah di negara kita. Cadangan-cadangan ini terkandung dalam memorandum yang diserahkan pada 24 Januari 2019 kepada Muhammed Abdul Khalid, selaku Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri.) B20 merujuk kepada 20% isi rumah … Continue reading Langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi B20
Belanjawan 2019: Persoalan yang perlu direnungi
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November lalu memberi satu gambaran yang menarik tentang bagaimana pemimpin Pakatan Harapan berfikir. Ia telah menimbulkan beberapa isu yang perlu kita berbahas di kalangan kita sendiri. Beberapa isu utama yang menarik perhatian saya adalah: 1. Ini bukannya belanjawan penjimatan … Continue reading Belanjawan 2019: Persoalan yang perlu direnungi
Belanjawan 2019: Reformasi dengan acuan yang sama
oleh Sivarajan Arumugam Belanjawan 2019, sebagai Belanjawan Kerajaan Persekutuan baru Pakatan Harapan yang pertama, telah dibentangkan pada 2 November lalu. Sebelum Belanjawan ini dibentangkan, Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah memberi amaran bahawa rakyat harus mengikat perut atau berkorban demi untuk menjamin kestabilan kewangan negara. Belanjawan 2019 ini akan menjadi … Continue reading Belanjawan 2019: Reformasi dengan acuan yang sama
Gaji minimum naik RM 50?! Gaji sebenar hanya naik RM 28!
oleh Arveent Srirangan Kathirtchelvan Beberapa hari yang lepas, kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan peningkatan gaji minimum dari RM 1,000 sebulan untuk Semenanjung Malaysia dan RM 920 untuk Sabah dan Sarawak ke RM 1,050 sebulan untuk seluruh Malaysia. Walaupun adanya peningkatan gaji minimum, tetapi jumlah yang ditingkatkan itu terlalu kecil. Malah setelah diumumkan, pelbagai organisasi serta … Continue reading Gaji minimum naik RM 50?! Gaji sebenar hanya naik RM 28!
Adakah kenaikan gaji minimum akan menjejaskan ekonomi?
Jika gaji minimum dinaikkan terlalu tinggi, kos untuk membuat bisnes akan naik, harga barang akan naik, inflasi akan naik, kilang akan tutup, pekerja akan hilang kerja dan pengangguran akan meningkat… Ini adalah antara alasan yang sentiasa kita dengar apabila kita menuntut kenaikan gaji minimum. Namun, alasan-alasan yang diberikan oleh golongan yang pro-majikan ini boleh dicabar … Continue reading Adakah kenaikan gaji minimum akan menjejaskan ekonomi?
