sebuah cerpen oleh Iskandar Zulfaqar Rakyat bersorak gembira sambil melaungkan kalimat-kalimat kebangkitan sebaik mendengar pengumuman pemimpin itu yang menyatakan bahawa suatu sistem cukai yang mirip hantu kerana menekan hidup rakyat telah dimansuhkan secara rasminya. Suasana di seluruh ibu kota bertukar wajah sepenuhnya. Malam yang kebiasaannya berhiaskan zulmat gelita bertukar ceria dengan muntahan cahaya daripada lampu-lampu … Continue reading Hantu Sudah Hilang, Jembalang Pula Tiba!
(Cerpen) Hari itu hari Rabu
sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Kerajaan kleptokrat masih mendabik dada mengagumi kehebatan mereka. Jutaan ringgit ditaburkan kepada rakyat untuk memastikan mereka kekal diberi mandat untuk mentadbir. Bukan itu sahaja, kempen politik kebencian turut diadakan. Pelbagai isu sensitif ditiupkan termasuklah berkaitan perkauman, keagamaan dan lain-lain lagi. Kesemua parti lawan menjadi mangsa kerajaan kleptokrat. Gabungan … Continue reading (Cerpen) Hari itu hari Rabu
(Cerpen) Aku penjaja jalanan
sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Aku mula mengaut rezeki sebagai penjaja jalanan sejak beberapa bulan lepas. Di bahu jalan raya yang berbekalkan ruang sedikit inilah, aku menapak dan membuka kanopi kecil untuk berlindung daripada hujan dan terik mentari demi satu tujuan. Rezeki! Berbekalkan resepi tradisi yang diturunkan oleh arwah mak kepada aku, hari … Continue reading (Cerpen) Aku penjaja jalanan
(Cerpen) Wira yang tak didendang
sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Kerja merobohkan rumah-rumah di hujung kampung itu akan dijalankan sebentar sahaja lagi. Si pemuda yang mendengar berita tidak baik itu terus bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa orang lagi ahli partinya. Dengan beraninya dia terus menyanggah pemaju yang sudah bersedia dengan jentolak untuk merobohkan rumah-rumah di situ. “Mereka … Continue reading (Cerpen) Wira yang tak didendang
(Cerpen) Diari anak buruh
sebuah cerpen oleh K.Z. Iskandar Zulfaqar Dalam keadaan samar-samar bertemankan segaris cahaya yang masuk melalui lubang celah pintu, aku dapat melihat ayah sedang bersiap untuk pergi ke kerja. Ayah sengaja tidak menghidupkan suis lampu kerana dia tidak mahu aku terjaga dari lelapku. Perlahan-lahan aku menarik jam yang terdapat di kepala katilku. Baru pukul 4.50 pagi. … Continue reading (Cerpen) Diari anak buruh
(Cerpen) Cikgu Haiza
sebuah cerpen oleh K.Z. Iskandar Zulfaqar Haiza terkedu membaca surat yang baru saja diterimanya itu. Hatinya seolah-olah hancur meneliti setiap bait-bait kata yang terkandung dalam surat itu. Setiap isi dalam surat itu seolah-olah membunuhnya. Mimpi ngeri yang selalu menerpanya kini menjadi kenyataan. Haiza akan ditukarkan ke sebuah sekolah pedalaman di negeri Sarawak. Keputusan pertukaran ini … Continue reading (Cerpen) Cikgu Haiza