Walaupun hujan lebat merupakan cabaran semula jadi, kita perlu mempersoalkan sama ada langkah mitigasi banjir, infrastruktur saliran dan dasar perancangan bandar kita mampu mengikuti kadar pembangunan pesat di Selangor.
Penduduk Tanjong Bungah tuntut taman awam semula jadi, tapi Zairil takut jumpa penduduk kawasannya?
Penduduk-penduduk Tanjong Bungah menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya menghentikan pembangunan komersial di kawasan Sore Thumb dan menerima cadangan penduduk tempatan untuk sebuah taman awam semula jadi di situ.
Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Negeri untuk siasat tragedi tanah runtuh di Paya Terubong
Masyarakat sivil di Pulau Pinang menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Negeri (SCI) dengan segera bagi menyiasat tragedi tanah runtuh di Paya Terubong baru-baru ini.
Pemerintah Indonesia digesa tangani segera jerebu rentas sempadan
PSM menggesa kerajaan Indonesia untuk mengambil tindakan yang bertanggungjawab, segera, telus dan berkesan supaya menangani masalah jerebu rentas sempadan yang membelenggu rakyat jelata di rantau Nusantara.
Kerajaan Malaysia telah melucutkan hak kita untuk udara bersih
PSM sekali lagi mendesak kerajaan Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menangani jerebu rentas sempadan secara tuntas.
Wajibkan WFH dan sediakan bantuan p-hailing jika IPU cecah 200
Kerajaan perlu menetapkan garis panduan tegas bahawa apabila IPU mencecah 200, semua pekerja yang boleh melaksanakan tugas dari rumah (WFH) wajib dibenarkan bekerja secara dalam talian tanpa pemotongan gaji atau tindakan disiplin.
Lindungi hak kita untuk udara bersih – Tangani punca utama jerebu rentas sempadan buat selama-lamanya
Meskipun pencemaran jerebu menjadi semakin teruk pada tahun ini, kerajaan Malaysia tidak menunjukkan usaha untuk bertindak segera supaya menangani isu ini secara tuntas.
4 kerajaan negeri nafikan hak rakyat dan abaikan kebajikan rakyat dalam hal ehwal alam sekitar
PSM mengecam keputusan kerajaan negeri di Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang yang enggan menerima pakai dua peruntukan dalam Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, sekali gus menafikan penglibatan rakyat dalam hal ehwal alam sekitar dan pembangunan negeri serta mengabaikan kebajikan rakyat dengan serius.
Penduduk Tanjung Bungah tuntut jawapan mengenai cadangan taman awam semula jadi: Pelihara khazanah alam dan dengar suara rakyat dalam pembinaan taman awam
“Ini ialah taman awam, bukannya taman pemaju! Reka bentuk taman awam ini harus melibatkan orang awam. Jika taman awam ini adalah untuk orang awam, maka orang awam harus terlibat dalam proses reka bentuknya.”
Banjir lumpur sempadan Nepal-China: Impak ngeri krisis iklim yang terbaru
Dengan dunia semakin panas dan cuaca semakin sukar diramalkan, di samping kesan perubahan iklim yang berlaku secara beransur-ansur sehingga ia menjelma ke dalam bencana ngeri seperti kejadian banjir kilat dan gelongsoran lumpur di Nepal-China baru-baru ini, masyarakat dunia semakin terdesak untuk membangunkan keupayaan untuk menghadapi bencana alam, mengurangkan kesannya dan mencegah bencana yang seterusnya.
