1 Mei ialah Hari Pekerja Antarabangsa. Sambutan 1 Mei membawa makna yang penting kepada perjuangan pekerja di seluruh dunia. Hari ini disambut dengan aksi perhimpunan, perarakan malah mogok di pelbagai tempat, pada setiap tahun.

Tahun ini juga tidak berkecuali. Dengan dunia kita masih diancam pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi yang semakin meruncing, keperluan golongan pekerja dan rakyat bawahan berorganisasi dan bermobilisasi untuk memperjuangkan alternatif yang mampu menjamin kesejahteraan masyarakat itu menjadi semakin terdesak. Oleh itu, gerakan pekerja dan golongan progresif di seluruh dunia terus berusaha untuk memajukan perjuangan pekerja.

Berikut ialah sepintas lalu sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini di merata tempat di seluruh dunia:

Portland, Amerika Syarikat (foto: Portland Mercury)
Seattle, Amerika Syarikat (foto: Alex Garland)
Sydney, Australia (foto: Peter Boyle)
Vienna, Austria (foto: Lisa Leutner / AP Photo)
Bogota, Colombia (foto: Luisa Gonzalez / Reuters)
Bandar Quezon, Filipina
Bandung, Indonesia (foto: Agung Bakti Sarasa)
Seoul, Korea Selatan (foto: Ahn Young-joon / AP Photo)
Lyon, Perancis (foto: Jeff Pachoud / AFP)
Paris, Perancis (foto: Gonzalo Fuentes / Reuters)
Taipei, Taiwan (foto: Chiang Ying-ying / AP Photo)
Bangkok, Thailand
Istanbul, Turki (foto: Umit Bektas / Reuters)
London, UK – Ribuan orang berprotes pada Hari Pekerja Sedunia untuk membantah rang undang-undang kepolisan yang akan menyekat kebebasan berprotes di negara Britain. (foto: Neil Terry)
Kuala Lumpur, Malaysia
Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *