oleh S. Arutchelvan
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM kita adalah supaya hospital-hospital swasta itu akan diguna pakai untuk keselesaan rakyat terbanyak dan mengurangkan beban hospital kerajaan.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah ia akan menggunakan darurat untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang tiada pekerjaan akan diberikan upah tetap setiap bulan supaya keluarga mereka dapat terus menyara kehidupan.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah harta dan kekayaan billionaire-billionaire itu akan diambil dan diguna pakai untuk program-program basmi kemiskinan dan menyelamatkan pekerjaan dan bailout peniga kecil dan SME-SME kecil. Ambil 5% pun dah cukup.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah ia akan membekukan tindakan-tindakan bank-bank untuk mengejar hutang daripada rakyat berpendapatan rendah yang merana kerana krisis ekonomi berterusan.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah ia akan menggunakan ordinan darurat ini untuk memastikan jalur internet dapat diguna pakai oleh semua penduduk kawasan luar bandar supaya tiada rakyat yang ketinggalan.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah ia akan menghentikan semua tindakan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar, petani dan penyewa rumah yang tidak mampu bayar sewa.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah supaya semua rumah mewah dan bangunan mewah yang tidak digunapakai dapat digunakan untuk kegunaan awam pada ketika tiada cukup tempat untuk kuarantin rakyat yang tidak boleh laksanakan perjarakan sosial.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah ia akan luluskan ordinan untuk memastikan semua pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yang merupakan pekerja kontrak ditukar status menjadi pekerja tetap dengan jaminan kerja.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah semua asrama pekerja dapat dibaikpulih dan memastikan keselesaan dan perjarakan sosial supaya kaum pekerja tidak menjadi mangsa COVID-19 yang berjangkit kerana asrama pekerja yang sesak.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah ordinan akan dibuat untuk memastikan doktor-doktor dan jururawat kontrak dapat diberikan kerja tetap di hospital-hospital supaya kerja dan pengorbanan mereka mendapat penghargaan.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah Ordinan Darurat ini digunakan untuk memastikan alam sekitar, air dan udara yang kita guna bebas daripada pencemaran.
Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah Darurat dapat pastikan rakyat majoriti semua kaum dan agama, kaum pekerja, golongan marhaen, petani dan semua yang bekerja keras dapat diselamatkan daripada COVID-19.
TETAPI SAYA TIDAK SOKONG DARURAT jika maksud PM adalah Darurat hanya digunakan untuk memastikan sidang Parlimen dan Pilihanraya ditangguhkan hanya untuk survival satu pemimpin dan satu parti sahaja.
Setuju!
Jika 33.3 peratus di atas di pastikan sudah baik di-bawah kontex sistem kapitalism.
Hanya di bawah kontex system sosialis dan perintah proletar, 100% atau hampir 100% yang di-atas boleh di pastikan.