(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja Dunia di bawah bayangan pandemik koronavirus
1 Mei setiap tahun ialah Hari Pekerja Sedunia, satu hari untuk memperingati perjuangan pekerja yang memenangi hak pekerja yang dinikmati hari ini dan menyuarakan tuntutan pekerja untuk peningkatan kesejahteraan masyarakat.
Sambutan Hari Pekerja Sedunia pada tahun ini agak luar biasa, kerana penularan pandemik COVID-19 di peringkat dunia. Pekerja-pekerja sedunia selain menghadapi ancaman kesihatan kerana penularan wabak, juga sedang berdepan dengan gelombang pembuangan kerja dan pengangguran kronik yang melanda akibat daripada krisis ekonomi yang berkemungkinan paling teruk pada zaman kita ini.
Hari Pekerja Sedunia yang biasanya disambut dengan aksi massa di jalanan yang dianjurkan oleh gerakan pekerja dan parti-parti kiri di merata dunia, telah berubah bentuknya pada tahun ini kerana terpaksa mengambil langkah untuk membendung ancaman wabak COVID-19. Skala aksi sambutan telah jauh kecil berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun semangat perjuangan pekerja masih kuat ditunjukkan dalam pelbagai aksi yang berlainan bentuk. Kreativiti memainkan peranan penting untuk gerakan pekerja meneruskan perjuangannya.
Ramai beralih ke dunia maya untuk menyambut hari yang bermakna ini secara atas talian (online). Sementara itu, adanya sesetengah gerakan pekerja masih mengadakan aksi jalanan tetapi mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai topeng muka sepanjang aksi, sebagai langkah mencegah penyebaran koronavirus. Walau apapun bentuk sambutan Hari Pekerja Sedunia, apa yang penting adalah untuk meneruskan solidariti pekerja sedunia dalam usaha memperjuangkan pembebasan pekerja daripada cengkaman eksploitasi sistem kapitalis.
Berikut ialah sepintas lalu sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini di merata tempat di dunia: