Selepas 15 Mac 2019 dan 24 Mei 2019, kanak-kanak dan anak muda di seluruh dunia “ponteng sekolah” secara serentak pada hari Jumaat yang sama untuk kali ketiga, dengan kali ini disertai oleh lebih ramai lagi orang, termasuk orang dewasa yang bermogok kerja.
Tiga hari sebelum Persidangan Kemuncak Tindakan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Barsatu yang akan diadakan pada 23 September 2019, jutaan orang di lebih 4,500 lokasi di 150 buah negara di seluruh dunia, mengambil bahagian dalam aksi Mogok Bumi yang bermula pada 20 September 2019. Sepanjang seminggu dari 20 hingga 27 September 2019, pelbagai aksi protes dan mogok diadakan untuk menyeru pada pemimpin-pemimpin kerajaan sedunia untuk mengambil tindakan yang konkrit serta segera untuk menangani krisis iklim yang sedang mengancam seluruh umat manusia yang hidup di planet Bumi.
Gerakan aksi global ini mendapat inspirasi daripada Greta Thunberg, seorang anak muda dari Sweden yang memulakan mogok sekolah sejak bulan Ogos 2018. Dengan krisis iklim yang semakin serius dan tiada banyak lagi masa untuk kita bertindak, gerakan untuk keadilan iklim semakin mendapat sambutan di seluruh dunia, dan mobilisasi rakyat semakin hebat.
Berikut ialah koleksi gambar sebahagian aksi Mogok Bumi di merata dunia:
Athens, Greece (foto oleh Thanassis Stavrakis/AP)
Athens, Greece (foto oleh Angelos Tzortzinis/AFP/Getty Images)
Nairobi, Kenya (foto oleh Ben Curtis/AP)
Nairobi, Kenya (foto oleh Njeri Mwangi/Reuters)
Edinburgh, Scotland, UK (foto oleh Jeff J Mitchell/Getty Images)
Edinburgh, Scotland, UK (foto oleh Jeff J Mitchell/Getty Images)
Malaysia juga tidak ketinggalan dalam aksi mogok iklim ini. Walaupun tiadanya aksi mogok yang sebenar, tetapi terdapat aksi protes menuntut keadilan iklim di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
4 thoughts on “(Galeri gambar) Aksi Mogok Bumi – September 2019”