Berikut ialah kenyataan bersama yang disediakan oleh Jawatankuasa Kempen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam.

Jawatankuasa Kempen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam memandang serius cadangan pemotongan peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga RM4.65 bilion bagi tahun 2026. Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sektor kesihatan dan pendidikan tidak akan terjejas, pemotongan sebesar ini tetap menimbulkan kebimbangan besar terhadap masa depan sistem kesihatan awam negara yang sememangnya telah lama mengalami kekurangan dana, tenaga kerja, fasiliti dan peralatan asas.

Kerajaan menyatakan bahawa langkah penjimatan ini melibatkan “perbelanjaan berlebihan” seperti kursus luar negara, acara di hotel mewah dan projek pembangunan yang melampaui keperluan sebenar. Namun begitu, kami sukar mempercayai bahawa jumlah perbelanjaan sedemikian boleh mencecah sehingga RM4.65 bilion. Oleh itu, kerajaan perlu mengemukakan pecahan terperinci dan telus mengenai bentuk pemotongan yang dicadangkan, termasuk kategori perbelanjaan yang terlibat dan jumlah penjimatan bagi setiap kategori. Ketelusan amat penting supaya alasan “penjimatan” tidak dijadikan asas untuk mengurangkan perkhidmatan awam yang penting kepada rakyat.

Kami juga menegaskan bahawa sebarang penjimatan yang diperoleh kerajaan mesti disalurkan semula kepada sektor perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan, bukannya dikeluarkan daripada sektor tersebut. Sistem kesihatan awam negara memerlukan pelaburan yang lebih besar, bukannya pengurangan peruntukan. Malaysia sendiri masih membelanjakan jumlah yang rendah untuk kesihatan awam berbanding keperluan sebenar rakyat, sedangkan pelbagai pihak termasuklah kami telah lama mencadangkan agar peruntukan kesihatan awam ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada 5% daripada KDNK.

Kami turut membantah sebarang pengurangan peruntukan kepada hospital universiti. Kenaikan caj sehingga 233% oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM/UMMC) pada 1 Januari tahun lalu telah memberi tekanan besar kepada rakyat yang memerlukan rawatan pada kos yang munasabah. Hospital universiti memainkan peranan penting sebagai alternatif yang lebih murah berbanding hospital swasta, khususnya di kawasan bandar. Oleh itu, kenaikan caj hospital universiti perlu dibekukan sehingga kerajaan mampu menyediakan alternatif hospital awam yang mencukupi di kawasan terlibat.

Pada masa yang sama, kerajaan seharusnya mempertimbangkan peningkatan cukai terhadap hospital swasta yang meraih keuntungan besar daripada industri pelancongan perubatan. Pulau Pinang sahaja merekodkan lebih 527,000 pesakit asing pada tahun 2025 dengan hasil melebihi RM1.1 bilion. Ketika hospital kerajaan berdepan kekurangan dana dan kakitangan, sektor swasta pula terus menikmati keuntungan besar. Adalah munasabah untuk kerajaan memperkenalkan cukai atau levi khas terhadap keuntungan pelancongan perubatan dan menyalurkan hasil tersebut kepada sistem kesihatan awam.

Kami juga menegaskan bahawa langkah austeriti dan penjimatan negara mesti bermula daripada golongan atasan politik dan elit ekonomi, bukannya dengan mengurangkan peruntukan sektor awam yang memberi perkhidmatan kepada rakyat biasa. Pengurangan pembaziran, projek mega yang tidak mendesak, perbelanjaan mewah kerajaan serta ketirisan institusi harus diberi keutamaan sebelum sebarang pemotongan dilakukan terhadap sektor kesihatan dan pendidikan.

Jawatankuasa Kempen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam menyeru kerajaan supaya menarik balik cadangan pemotongan besar terhadap KKM dan memastikan sistem kesihatan awam negara diperkukuhkan demi kepentingan rakyat.

Memorandum ini disokong oleh:

Organisasi

  1. Agora Society Malaysia
  2. Aliran
  3. Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (AKSI)
  4. Care for Older Persons in Malaysia
  5. CCM Malaysia
  6. Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4 Centre)
  7. Citizens’ Health Initiative
  8. Consumers’ Association of Penang (CAP)
  9. Gabungan Marhaen
  10. Greenpeace Malaysia
  11. Health Equity Initiatives
  12. Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM)
  13. Independent Advocate and Activist of Access Affordable Medicine Malaysia (AAMM)
  14. ISLAH
  15. Islamic Renaissance Front
  16. Jaringan Kg Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
  17. Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH (KLSCAH-CRC)
  18. JEJAKA
  19. Johor Indian Innovation Hub
  20. Justice for Sisters
  21. Karunjattai Ilaingar Padai
  22. Klima Action Malaysia (KAMY)
  23. Kolektif Iklim
  24. Kolektif Mahasiswa UiTM (KMUiTM)
  25. Life Under Umbrella
  26. Liga Mahasiswa Malaysia
  27. Movement for Change, Sarawak (MoCS)
  28. North South Initiative
  29. Oriental Hearts and Mind Study Institute
  30. Parti MUDA
  31. Parti Rakyat Malaysia
  32. Parti Sosialis Malaysia
  33. Pemuda Sosialis
  34. Persahabatan Semparuthi
  35. Persatuan Kebudayaan dan Sosial India Bandar Baru Kangkar Pulai
  36. Persatuan Penduduk Jalan Papan, Pandamaran
  37. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  38. Pertubuhan Kebajikan Ar Riqab Kuala Lumpur
  39. Pertubuhan SiraguGal
  40. Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+)
  41. PT Foundation
  42. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
  43. Ruang Lawan Malaysia
  44. Rumah Rakan Islah
  45. Rural Malaysia
  46. Sahabat Alam Malaysia
  47. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  48. SEED Malaysia
  49. Seovangers
  50. Suara Siswa UiTM
  51. Support Each Other
  52. Tanjong Bungah Residents’ Association Penang (TBRA)
  53. Tenaganita
  54. The Global Funds
  55. Third World Network
  56. Treat Every Environment Special (TrEES)
  57. Undi18
  58. URIMAI
  59. Victory de home
  60. Women’s Aid Organisation
  61. Women for Equality Association (WEA)
  62. Zero Waste Sabah

Individu

  1. Ahmad Kamar Pilos
  2. Bakhtiar Bin Majid
  3. Chee Heng Leng
  4. Laodedo Mohammad Akmal Bin Laodedo Doro
  5. S. Munirah Alatas, Ph.D.

==========

Kempen Selamatkan Sistem Perkhidmatan Awam ialah sebuah inisiatif Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tandatangani petisyen dalam talian untuk kempen “Selamatkan Sistem Kesihatan Awam” di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *