oleh Dr. Nasir Hashim

5 Ogos 2023


(Haris Ibrahim dalam kenangan)

Kau sudah pergi
Sedih… pilu
menusuk kalbu
Pahlawan tulen…
suara jelas
Sanggup meniti garis
sepi berduri besi
Suara garau mu
mengetuk pintu
naluri
Senyum serius mu
merangsang
keazaman bakti

Kau relakan diri
demi menegakkan
keadilan sejagat
Kau bersama kami
dalam gelanggang
pertahankan hak
rakyat
Meskipun kau dihimpit
kaum gergasi
mencantas harapan

Kami berterima kasih
atas setiakawan mu
Masih tagihkan
semangat jitu mu itu
Tetap terkilan kerana
masa cemburu masa
dan kau dipanggil
setibanya waktu

Insan berjiwa besar
Insan bersemangat
merdeka

Pergilah dulu sdr ku
Intailah liku jalanan
kami
Bila ketemui nanti
kan ku ceritakan lagi
liku perjuangan kami
Satu Demi Satu
DEMI SATU

Salam kasih dan salam hormat saudara ku


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *