BUTTERWORTH, PULA PINANG: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menjalankan pengusiran paksa terhadap penduduk kampung yang masih tinggal di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterwoth, pada 14 Februari 2019, melalui tindakan pelaksanaan notis pengosongan tanah oleh bailif Mahkamah Butterworth.
Penduduk-penduduk kampung telah cuba berunding dengan pihak MAINPP tetapi pihak MAINPP bertegas untuk melakukan pengosongan rumah. Setelah tiada kata putus untuk penyelesaian, bekalan air dan elektrik telah dipotong pada waktu tengah hari.
Penduduk-penduduk kampung yang masih berada di Tanah Wakaf Abdul Cauder sebenarnya bersedia menerima tawaran MAINPP dengan perjanjian yang boleh diperakui di mahkamah.
Setelah proses rundingan yang berpanjangan sehingga lewat petang, akhirnya kesemua keluarga yang menerima notis pengosongan rumah, kecuali satu (namun satu keluarga itu juga bersetuju pada hari keesokannya), telah menandatangani perjanjian yang merangkumi tawaran:
- Rumah ganti rumah percuma
- bayaran RM 500 sewa sebulan
- bayaran pindah RM4000 serta bayaran masuk balik RM3500
Penduduk juga bersetuju untuk pindah keluar selewat-lewatnya pada 17 Februari 2019. Walau bagaimanapun, bekalan air dan elektrik yang dipotong sebelum itu telah disambung semula pada waktu malam. Pihak MAINPP juga membantu dalam urusan mendapatkan ruma sewa.
Sementara itu, 5 buah rumah kecil yang tercicir daripada tawaran rumah turut ditawarkan rumah sewa untuk pindah keluar sementara dan MAINPP menyatakan bahawa akan berusaha untuk membuat perjanjian yang berlainan untuk tawaran rumah kos rendah di projek tanah wakaf ini sendiri untuk lima keluarga tersebut.
Para Penduduk agak bersatu dalam menangani isu ini. Jaringan Perumahan Pulau Pinang dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang mula membantu sejak 2 bulan lalu selepas penduduk kalah di mahkamah. Usaha yang cuba dilakukan oleh PSM dalam membantu penduduk di saat-saat ambang pengusiran ini lebih tertumpu pada mengelakkan konfrantasi yang tidak sepatutnya berlaku dalam kes ini, pada masa yang sama mendapatkan satu perjanjian hitam putih dengan kehadiran peguam.
Menurut R. Karthiges, Penyelaras Biro Perumahan PSM, berkata, “Kini, kami akan memantau dan mengusahakan secara bersama dengan jawatankuasa penduduk untuk proses tawaran rumah kepada lima keluarga tercicir daripada tawaran pada awalnya dan memastikan projek perumahan berjalan sepertimana yang dijanjikan. Proses hari ini jelas membuktikan kerajaan negeri perlu memperbaiki prosedur dalam proses mengambil tanah bagi tujuan pembangunan; dan sekiranya tanah tersebut diduduki oleh rakyat, maka tawaran perumahan alternatif perlu diberikan sewajarnya melalui perundingan dan perbincangan secara dua hala, dan bukannya dengan tindakan pengusiran paksa yang menyebabkan trauma kepada penduduk.”
“Isu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan suasana yang mesra sejak awal lagi, sekiranya proses tawaran rumah alternatif dibincangkan secara berdialog dengan elok antara pihak MAINPP bersama dengan penduduk. Namun, proses sedemikian nampaknya tidak berlaku, dan para penduduk yang enggan menerima tawaran pada awalnya tidak mempunyai keyakinan terhadap pihak MAINPP kerana cara pengendalian isu ini tidak melalui proses dialog yang sewajarnya. Adanya masalah komunikasi yang serius dalam isu ini dan keadaan diburukkan lagi sehingga berlakunya pengusiran paksa dengan notis pengosongan mahkamah adalah sesuatu yang tidak patut terjadi. Penduduk memang terdapat syak wasangka terhadap pihak pengurusan MAINPP dan bimbang janji akan dimungkir,” ulas Karthiges.
Alkisah , disuatu masa dahulu…..
KOMTAR yang di MEGAH2 tu …
Tanah WAKAF jugak. Apa cer..