TarikhPeristiwa
1939Penerokaan Kampung Jalan Papan bermula sejak zaman penjajahan British, di bawah program Kampung Baru.
1968 – 1989Penduduk peneroka dibenarkan untuk menduduki tanah milikan Kerajaan Negeri Selangor dengan Lesen Pendudukan Sementara (Temporary Occupational License – TOL).
1992-1994Kerajaan Negeri Selangor membuat ukuran tanah kawasan Kawasan Jalan Papan. ADUN Pandamaran pada masa itu meminta penduduk untuk memberi kerjasama dan setiap rumah perlu membayar RM 70 kepada juruukur. Penduduk Kampung Jalan Papan diberitahu bahawa kawasan mereka sedang diukur untuk dijual balik kepada penduduk, namun mereka tidak mendapat apa-apa maklumat selepas itu.
1995Sebelum Pilihan Raya 1995, Menteri Besar Selangor pada masa itu, Tan Sri Muhammad Taib berkata, “1,000 keluarga setinggan di Bukit Kerayong dan Kampung Jalan Papan akan diberi TOL.”
5 Julai 1995Kerajaan Negeri Selangor memindah milik tanah (Lot 83965, Seksyen 3) seluas 95 ekar untuk Kampung Jalan Papan dan 50 ekar untuk Jalan Kerayong kepada Syarikat TPPT Sdn. Bhd. (anak syarikat Bank Negara, iaitu Tabung Projek Perumahan Terbengkalai).
1997Kerajaan Negeri Selangor meluluskan pemberimilikan tanah kepada TPPT Sdn. Bhd. (anak syarikat Bank Negara, iaitu Tabung Projek Perumahan Terbengkalai) secara rasmi untuk menyelesaikan masalah setinggan dan membolehkan pembangunan kawasan lebih teratur.
2003Kampung Jalan Papan mempunyai lebih kurang 935 buah keluarga (6,550 orang), 522 buah rumah, beberapa buah Kuil Cina dan Kuil Hindu, beberapa buah kedai dan kilang kecil.
10 Mac 2004Kerajaan Negeri Selangor menghantar surat kepada Jawatankuasa Penduduk Kawasan Jalan Papan untuk memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju dengan perkara-perkara berikut: Sebuah tokong yang bersejarah di Jalan Papan, iaitu Tokong Lu San Sen Mu perlu dikekalkan di tapak asal. Lain-lain rumah ibadat bukan Islam (tokong) akan dialihkan ke tempat lain mengikut peraturan Jabatan Perancang Bandar dan Desa; Pemaju Projek, iaitu Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT), Majlis Perbandaran Klang dan Jawatankuasa Penduduk akan menyemak semula nama-nama yang dikatakan tercicir; danPemaju merancang rumah teres bersaiz 18’ x 65’ dengan harga kurang daripada RM100,000 untuk memenuhi permintaan penduduk tempatan.
2005Notis pengusiran dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Klang kepada 522 buah keluarga, termasuk penduduk Kampung Jalan Papan; pampasan sebanyak RM7,000 sahaja ditawarkan bagi setiap keluarga. Sebahagian daripada penduduk berpindah, namun banyak keluarga Kampung Jalan Papan enggan berpindah kerana tawaran yang tidak munasabah.
2006Majlis Perbandaran Klang memberi saman dan merobohkan beberapa buah rumah di Kampung Jalan Papan. Jawatankuasa Bertindak Jalan Papan dan 117 orang pemilik rumah mencabar Ordinan Darurat di Mahkamah untuk menghentikan perobohan rumah.

Penduduk meminta injuksi daripada mahkamah untuk menghentikan perobohan. Namun, injuksi itu telah dibatalkan oleh penduduk pada tahun 2011 kerana wakil Kampung Jalan Papan diberitahu bahawa mereka perlu membatalkan injuksi untuk membangunkan rumah ganti bagi penduduk.
2007TPPT menjual tanah tersebut kepada Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. yang diberi kuasa membangunkan hartanah berkenaan.
26 Julai 2007Melati Ehsan mengumumkan bahawa mereka telah membeli tanah tersebut daripada TPPT dengan harga RM32 juta. Jangkaan keuntungan ialah RM150 juta.
26 Oktober 2007Surat daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK). Jabatan Perancangan meminta MPK untuk mempertimbangkan semula pelan perancangan bagi pembinaan rumah teres kepada penduduk Kampung Jalan Papan mengikut cadangan Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Ahli Parlimen Klang) dalam 2 isu yang diutarakan olehnya seperti berikut: Cadangan simpanan parit 30 kaki yang diluluskan, perlu dilebarkan kepada 100 kaki seperti cadangan asal. Simpanan parit yang kecil boleh mengakibatkan banjir kerana pembangunan tersebut terletak berhampiran dengan Sungai Aur. Cadangan rumah teres 2 tingkat untuk petempatan setinggan perlu dipinda ke tapak asal kawasan setinggan tersebut, di mana terdapat cadangan perumahan. Sekiranya cadangan dikekalkan, kawasan tersebut perlu disediakan zon penampan dan jalan selebar 50 kaki untuk mengasingkan perumahan dengan lot industri sedia ada.
2 September 2009Jawatankuasa Penduduk Kawasan Jalan Papan menghantar surat kepada Pesuruhjaya Negeri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor mengenai penyelewengan pemberimilikan tanah di kawasan Jalan Papan oleh TPPT Sdn. Bhd. kepada Melati Ehsan.
12 Oktober 2010Tuan Iskandar Bin Abdul Samad, EXCO Perumahan Kerajaan Negeri Selangor pada masa itu, menghantar surat kepada En. Yasid Bin Bidin, Setiausaha Bahagian (Dewan/MMKN) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mengenai isu memorandum daripada Persatuan Penduduk Kampung Jalan Papan, Jawatankuasa Peneroka Jalan Papan dan Jawatankuasa Bertindak Bukit Kerayong untuk mengkaji keputusan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkenaan projek perumahan di Kampung Jalan Papan dan Kampung Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran, Klang, Selangor, oleh TPPT Sdn. Bhd. / Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. bertarikh 21 September 2010. Surat itu menyatakan bahawa penduduk Kampung Jalan Papan mendapat tawaran membeli rumah teres 20’ x 70’ (tawaran asal pemaju – 18’ x 65’) dengan harga RM99,000 (harga pasaran melebihi RM170,000) dan bantuan sewa minimum RM400 sebulan untuk penduduk yang perlu dipindahkan sebelum rumah kekal mereka siap dibina. Bantuan perpindahan menurut garis panduan baharu Kerajaan Negeri, iaitu RM2,000 setiap keluarga.  
30 Julai 2013Minit mesyuarat perbincangan status penduduk setinggan Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong di Majlis Perbandaran Klang. Dalam minit mesyuarat tersebut, beberapa perkara dibincang, iaitu memuktamadkan senarai nama bancian setinggan Jalan Papan, status draf akhir perjanjian “Up-Town” Pandamaran dan status pemindahan tokong-tokong Bukit Kerayong. Mesyuarat ini dihadiri oleh ADUN Pandamaran, Ahli Majlis, Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan wakil penduduk. Dalam minit ini, jumlah setinggan direkodkan adalah sebanyak 787 unit (1,240 buah keluarga), pada tahun 2012, anggaran orang yang masih tinggal adalah 230 buah keluarga. Kaedah penyelesaian yang dibincang adalah penduduk ditawarkan Rumah Pangsa Kos Rendah RM35,000 (RM7,000 ditanggung pemaju), subsidi RM7,000 kepada mereka yang enggan membeli rumah, seramai 208 orang menerima tawaran rumah kos rendah dan 294 orang menerima pampasan, manakala 285 orang tidak memberi sebarang maklum balas.
27 Oktober 2014Exco Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Melati Ehsan untuk membina rumah dengan harga berpatutan kepada penduduk.Rujukan: STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI-PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG | Dewan Negeri SelangorPerkara ini telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap (Standco) Kehidupan Bandar Negeri Selangor 3/2014 bertarikh 27hb Oktober 2014. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Standco Kehidupan Bandar, adalah seperti berikut:Seramai 181 penama setinggan Jalan Papan yang wajar ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM 99,000.00.Seramai 7 penama setinggan Jalan Bukit Kerayong dipertimbangkan untuk ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM 99,000.00.Sejumlah 35 keluarga yang masih mempunyai struktur di tapak (Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong) ditawarkan rumah kos sederhana dengan hargaSenarai nama ini akan diperakukan dalam Mesyuarat Exco-MTES.
28 Feb 2018Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) – Pengesahan senarai penduduk telah dibuat dan berikut adalah cadangan penyelesaian: Pengesahan seramai 181 penama setinggan adalah penduduk asal dan daripada angka ini seramai 123 penama akan menerima tawaran rumah teres 20’ x 70’ dengan tawaran harga RM99,000 dan 58 penama akan menerima tawaran rumah Selangorku jenis B, keluasan 800kp dengan harga RM99,000 dengan dikecualikan daripada syarat-syarat Rumah Selangorku. Sejumlah lebih kurang 30 keluarga yang masih mempunyai struktur tapak sekiranya layak dengan syarat Rumah Selangorku ditawarkan rumah kos sederhana dengan harga pasaran atau Rumah Selangorku Jenis B, dengan keluasan 800 kaki persegi dan harganya RM99,000.
September 2020Segelintir penduduk (dalam anggaran 48 buah rumah) menerima notis pengusiran daripada Melati Ehsan Sdn. Bhd. Penduduk memfailkan kes mahkamah untuk menentang pengusiran.
15 Oktober 2021Sekumpulan penduduk di Pandamaran memenangi kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menolak perintah pengusiran yang difailkan oleh pemaju terhadap mereka pada tahun 2020. Namun,  Mahkamah Rayuan kemudiannya  membenarkan pemilik tanah merobohkan rumah yang disalahgunakan sebagai kilang dan perniagaan haram yang tidak dinamakan dalam pertikaian itu.
5 April 2024Melati Ehsan menghantar surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), menyatakan persetujuan untuk menyerahkan tanah seluas 11 ekar secara percuma kepada Kerajaan Negeri Selangor. Tanah tersebut akan digunakan untuk pembangunan penempatan semula bagi peneroka bandar di kawasan Jalan Papan, Pandamaran, Klang.(Namun demikian, penduduk dimaklumkan kemudian oleh ADUN bahawa ini hanya cadangan dan tiada kepastian.)
29 November 2024Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan syarikat dan menolak tuntutan balas defendan, menyebabkan mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
12 Februari 2025Persatuan Penduduk Jalan Papan bersama Tony Leong, ADUN Pandamaran, berjumpa dengan Menteri Besar Selangor di rumah kediaman rasminya dan beliau berjanji akan bercakap dengan pemaju tentang isu perumahan mereka.
20 Mac 2025Mahkamah membenarkan permohonan 42 orang peneroka untuk menggantung pelaksanaan perintah pengusiran sehingga Mahkamah Rayuan mendengar kes ini. (Kes ini masih belum didengar di Mahkamah Rayuan lagi. Namun, Mahkamah Rayuan membenarkan TPPT dan Melati Ehsan untuk merobohkan bangunan haram yang tidak dinamakan dalam saman, kecuali dua buah tokong: Persatuan Poh Seng dan Mar Chor.)
26 Ogos 2025Melati Ehsan menghantar notis kepada penduduk untuk berpindah keluar sebelum 9 September 2025.
5 September 2025Penduduk Kampung Jalan Papan membuat laporan polis untuk menghentikan perobohan dan mempertahankan hak perumahan kerana mereka ada kebenaran penangguhan dan juga janji yang belum ditunaikan.
9 September  2025Melati Ehsan telah menundakan perobohan.
21 Oktober 2025Penduduk Kampung Papan menerima satu lagi notis pengosongan rumah yang harus dibuat sebelum 26 Oktober 2025 dan pelaksanaan pada 27 Oktober 2025.
23 Oktober 2025Seorang penduduk Kampung Jalan Papan yang hidup berseorangan membunuh diri. Punca masih belum dapat dikenal pasti dan dalam siasatan polis. 

Lebih kurang seratus penduduk berprotes di hadapan Pejabat Menteri Besar, meminta supaya janji perumahan ditunaikan dan operasi perobohan dihentikan. 

Satu mesyuarat tergempar diadakan bersama Exco Perumahan Haji Borhan, ADUN kawasan Pandamaran Tony Leong, wakil penduduk dan wakil PSM dan Jawatankuasa Marhaen S. Arutchelvan. Dalam mesyuarat itu, Borhan juga memberi janji bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang bincang penempatan semula untuk penduduk Kampung Jalan Papan dan kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan isu perumahan peneroka Kampung Jalan Papan, dan syor Kerajaan Negeri ialah hanya rumah kosong dan yang tidak berpenghuni sahaja akan diroboh. Kenyataan Borhan juga memaklumkan bahawa satu mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Besar pada 21 Oktober 2025 dengan pihak pemaju telah memutuskan perobohan dihadkan kepada rumah dan premis perniagaan yang kosong serta tidak mempunyai penghuni. AJK Penduduk membuat aduan polis mengenai perkembangan terkini. 
27 Oktober 2025Melati Ehsan menghantar notis baharu diiringi oleh polis, memberi tarikh perobohan baharu kepada penduduk Kampung Jalan Papan pada 10 Nov 2025.
31 Oktober 2025Jawatankuasa Gabungan Marhaen dan Persatuan Penduduk menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk memintanya mencampur tangan dalam isu Kampung Jalan Papan.
5 November 2025Peneroka Kampung Jalan Papan menyerahkan memorandum kepada Bank Negara dengan tuntutan supaya Bank Negara mengarahkan Syarikat TPPT Sdn Bhd (anak Syarikat kepada Bank Negara) untuk menghentikan perobohan rumah di Kampung Jalan Papan dan menyiasat mengapa rumah kepada peneroka bandar masih belum dibina.  
8 November 2025Mantan Ahli Parlimen, Charles Santiago membongkarkan skandal isu perumahan Kampung Papan dalam satu sidang akhbar.
10-14 November 2025Melati Ehsan merobohkan rumah-rumah di Kampung Jalan Papan.
11 November 2025Seorang penduduk Kampung Jalan Papan, Pandamaran telah ditahan oleh polis kerana mempertahankan tokong di Kampung Jalan Papan.
12 November 20253 orang (2 aktivis dan seorang penduduk) ditahan oleh polis semasa mempertahankan rumah.
13 November 20253 orang yang ditahan oleh polis mendapat reman satu hari di Mahkamah Majistret Klang dan dibebaskan pada lebih kurang pukul 5 petang.  

10 orang lagi – 7 aktivis dan 3 orang penduduk kampung – ditahan oleh polis kerana mempertahankan rumah penduduk Kampung Jalan Papan.  
14 November 2025Majistret Klang menolak reman terhadap kesemua 10 orang yang ditangkap oleh polis sehari sebelum itu, dan mereka dibebaskan serta-merta.  

Seramai 9 orang lagi – 7 penduduk kampung dan 2 aktivis – ditahan oleh polis semasa mempertahankan rumah penduduk, kesemua dibebaskan pada hari yang sama lebih kurang pukul 4 petang. 

Exco Perumahan Negeri Selangor mengeluarkan satu kenyataan media tentang penyelesaian peneroka bandar Jalan Papan, Pandamaran.
24 November 2025Penduduk Kampung Jalan Papan menyerahkan memorandum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

One thought on “Kronologi ringkas isu perumahan Kampung Jalan Papan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *