oleh Biro Antarabangsa Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersolidariti bersama Kokila Annamalai Parvathi, seorang warga Singapura yang prihatin yang sedang menghadapi penapisan daripada pihak berkuasa kerana menyuarakan pandangannya.
Pada 5 Oktober 2024, Kokila telah menerima tekanan daripada pihak berkuasa di Singapura untuk menerbitkan satu notis pembetulan di bawah Arahan Pembetulan POFMA (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian), selepas menyiarkan pendapatnya mengenai pelaksanaan hukuman mati terhadap Azwan bin Bohari. Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, K. Shanmugam, telah menyalahgunakan POFMA untuk menapis pandangannya yang bertentangan dengan pihak berkuasa mengenai proses undang-undang.
Dalam erti kata lain, Kokila telah dipaksa untuk membuat “pengakuan” yang mengecam nalurinya sendiri kepada masyarakat umum sebagai “kepalsuan” semata-mata. Ini pada dasarnya membawa kepada penapisan terhadap pandangan yang berbeza, yang hanya memberanikan lagi pihak berkuasa.
Sejak penggubalannya, POFMA telah digunakan oleh kerajaan Singapura untuk menyekat sewenang-wenangnya hak untuk kebebasan bersuara dan bermaklumat dalam talian, termasuk menutup pandangan daripada aktivis-aktivis anti-hukuman mati.
Kebebasan bersuara, apabila berakar umbi dalam naluri, kebenaran dan niat baik, memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan sebuah demokrasi yang sihat serta inklusif untuk semua. Oleh itu, PSM menegaskan solidariti kami bersama Kokila Annamalai Parvathi yang menghadapi intimidasi daripada pihak berkuasa dan saluran media yang pro-golongan berkuasa. Kokila memang berhak untuk mengingkar Arahan Pembetulan POFMA, kerana ia ialah tindakan melampau oleh Menteri hanya bertujuan hanya untuk mendiamkan pandangan yang membangkang.
PSM menggesa kerajaan Singapura untuk:
- Hentikan intimidasi terhadap warga prihatin dan aktivis dengan menggunakan POFMA;
- Mansuhkan POFMA demi melindungi kebebasan bersuara;
- Hentikan semua pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan yang dihukum mati, dan mengenakan moratorium terhadap hukuman mati.
==========
Diterjemah daripada kenyataan asal dalam Bahasa Inggeris di sini.