REMBAU, NEGERI SEMBILAN – 15 NOVEMBER 2022: S. Tinagaran @ Cikgu Tina menyerahkan petisyen kepada pihak berkuasa di Daerah Rembau pada hari ini untuk menggesa pihak berkenaan supaya bertindak segera terhadap masalah gangguan lalat yang serius di situ.

Petisyen aduan yang ditandatangani oleh para peniaga tempatan dan orang awam yang dilancarkan oleh PSM Rembau ini diserahkan kepada Majlis Daerah Rembau dan Pejabat Kesihatan Rembau. Kedua-dua pihak berjanji bahawa akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera.

Masalah gangguan lalat ini telah didedahkan oleh Cikgu Tina baru-baru ini, di mana beliau menerima banyak aduan daripada peniaga dan penduduk tempatan, terutamanya di kawasan Pekan Pedas, Chembong dan Pekan Rembau.

Cikgu Tina berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera seperti yang dijanjikan. “Kami akan terus memantau dan melihat sama ada apa-apa tindakan akan diambil dalam sehari dua ini,” kata Cikgu Tina.

“Walaupun sekarang masa kempen pilihan raya, tetapi jika kita terima aduan tentang isu, kita harus menyelesaikannya,” kata S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Nasional PSM, yang turut hadir bersama semasa penyerahan memorandum. “Walaupun dalam kesibukan kempen pilihan raya, calon PSM mengambil ikhtiar dan berkata bahawa tidak patut kita tangguhkan isu ini. Isu kesihatan seperti yang kita bawa ini harus ditangani segera.”

One thought on “Cikgu Tina serah petisyen isu lalat Rembau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *