Kesesakan lalu lintas? “Jangan bimbang,” kata kapitalis pemaju (yang bergiat dalam sektor pembinaan, pembuatan kereta dan industri petroleum). “Kita boleh selesaikan masalah kesesakan lalu lintas dengan membina lebih banyak lagi lebuh raya (yang akhirnya membawa kepada lebih banyak kesesakan lalu lintas kerana lebih banyak kereta dapat membanjiri lebuh raya)!”
Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyarankan usaha yang lebih serius untuk membangunkan dan meningkatkan sistem pengangkutan awam yang mampan bagi memudahkan pergerakan rendah karbon dalam salah satu teras tuntutan Kempen Pemulihan Nasional.