oleh Gandipan Nantha Gopalan

Pemuda Sosialis mengambil maklum siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap isu pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki tidak dapat memuktamadkan mengenai pelanggaran undang-undang di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA). Di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

Persoalan yang kami ingin utarakan di sini adalah adakah Suruhanjaya Sekuriti sedang berusaha untuk menyatakan bahawa Azam Baki tidak melanggar undang-undang? Apakah pendapat Suruhanjaya Sekuriti mengenai Seksyen 29A SICDA, “semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang dibenarkan” dalam situasi Azam Baki?

Pemuda Sosialis juga kecewa dengan kenyataan Azam Baki yang berterima kasih pada Suruhanjaya Sekuriti kerana didapati tidak bersalah dan telah tutup kes penyiasatan. Kenyataan Suruhanjaya Sekuriti tidak menyebut seperti di atas dan kenyataan Azam Baki hanya boleh dilihat sebagai sebuah langkah yang tidak profesional.

Isu Azam Baki hanya membongkar ketidakcekapan penguatkuasaan terhadap pegawai-pegawai awam dalam usaha menentang korupsi. Pemuda Sosialis kecewa dan tidak berpuas hati dengan cara kes ini dikendalikan. Pemuda Sosialis mengajak rakyat untuk turun ke jalan raya bersama-sama pada 22 Januari 2022 (Sabtu), jam 11 pagi, di hadapan SOGO Kuala Lumpur.

==========

Gandipan Nantha Gopalan ialah Setiausaha Pemuda Sosialis PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s