oleh Nasir Hashim
Ogos 2021
**********
Wahai pejuang
negara
Kau pernah
penentang
penjajah
Berbilang kaum
bersatu padu
Menuntut
kebebasan dan
kemerdekaan
Bulan merdeka
disambut sepi
Kerana budaya
penjajah
merajalela
kembali
Pecah dan
perintah amalan
abadi
Rakyat menjadi
hamba abdi
Pemerintahan mu
ini ibarat
Lari dari mulut
buaya masuk
mulut harimau
Lari dari mulut
penjajah masuk
mulut
pengkhianat
Justeru,
Negara ini belum kenal erti merdeka lagi
Wahai pemimpin
bernafsu duniawi
Jangan lah kau
menjadi sesumpah
mempamerkan
warna bangsat melaung slogan
merdeka
disebalik protokol peribadi
Menjadi lintah
masyarakat
menghisap darah
warga sendiri
Pengikut mu pula
bangga dengan
anugerah darjat
pengemis
kehormat
Wahai rakyat yang
budiman
Kau pula berpaling
tadah
Kerana
membiarkan
kepincangan
melarat padah
Kerana
ikut rentak
memutar
belitkan agama
dan kaum
Kerana
kau merestui
gerombolan
pengkhianat
mentadbir
negara
tercinta
Kerana
kau mudah
melatah
termakan budi
dan berpatah
arah
Wahai rakyat yang
ku hormati
Tiada mu tiada lah
negara ini
Bangkit lah dari
kealpaan mu itu
Pulihkan lah
keadaan yang
bercelaru tanpa
arah tuju
Kau lah tongkat
negara
Daulatkan lah, perjuang lah dan merdekakan lah mereka yang
ditindas selalu
Surah Al-Qasas (Q 28:5)
“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (mengagihkan harta dunia).”
==========
Dr. Nasir Hashim ialah mantan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).