oleh Nasir Hashim
Ogos 2021
**********
Wahai pemimpin-pemimpin kayangan
Ucapan kebencian
mu itu mengapikan
dendam kesumat
Ceramah
kebencian mu itu
Menghancurkan
perpaduan rakyat
Lafaz kebencian
mu itu
Mengundang
pembunuhan
dan kecelakaan
Kau mengaku tidak
bersalah
Kau membenci dan
melelong agama
sendiri
Kau membenci dan
melelong kaum
sendiri
Kau bangsatkan
rakyat tercinta
Kau musnahkan
kasih sayang
jelata
Kau mengaku diri
sesuci murni
Pemimpin-pemimpin
mencaturkan
kebencian
Asyik menambah
kuasa, harta
dan kedudukan
Kau membenamkan
rakyat dalam
kancah budaya
pautan
Rakyat terus
mengemis di celah
sisa-sisa
pembangunan
Kalimah kebencian
mu itu
Bak letupan peluru
merobek dada
ranap seribu
harapan
Wahai pemimpin-pemimpin
sesat dan
menyesatkan
Sudah lama kau
bermuka muka keinsafan mu
entah ke mana
Sanggup
pertuhankan
syaitan-syaitan dan
menyembah
firaun-firaun jejadian
Lupakah kau janji
kekhalifahan mu
Terbentang segar
dalam kitab suci
mu itu
Oh … Sungguh
mendung negara
ku yang tercinta
Sayu terkulai layu
dimamah
penderhakaan
dan
pengkhianatan
Awas
Allah mengusap
rintihan rakyat
yang kau
pinggirkan
selama ini
Balasan ngeri mu sedia menanti
Wahai pemimpin-pemimpin
kayangan
Selagi kau
melangkah liar
di bumi bertuah ini
Selagi itulah kau
disumpah benci
Diburu sepanjang
hari
Hingga liang lahad
merampas mu
kembali
==========
Dr. Nasir Hashim ialah mantan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).