oleh Sivarajan Arumugam

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan polis baru-baru ini yang jelas ingin menyenyapkan hak bersuara rakyat yang terjamin dalam Perlembagaan Malaysia.

Dalam masa seminggu ini sahaja, para aktivis yang bersuara agar Perdana Menteri letak jawatan melalui aksi #Lawan telah diintimidasi dan disiasat berulang kali.

Kini, kami difahamkan aktivis muda Sarah Irdina daripada MISI: Solidariti ditahan polis dan akan berada di dalam lokap Balai Jinjang sepanjang malam ini.

Jika apa yang dinyatakan oleh aktivis #Lawan, iaitu supaya Perdana Menteri letak jawatan ini, menyebabkan tangkapan dan siasatan di bawah Akta Hasutan, maka kenyataan yg sama disahut berulang kali di Parlimen pagi ini apabila dibongkarkan bagaimana Kerajaan PN memperdaya Parlimen mengenai isu Ordinan Darurat. Ianya terbongkar dengan kenyataan jelas dari Istana hari ini.

Selain daripada tangkapan Sarah Irdina hari ini, beberapa orang doktor juga disoal siasat dan diintimidasi atas aksi Hartal Doktor Kontrak.

Seperti mana yang diseru oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, polis harus berintegriti dan tidak digunakan untuk kepentingan politik pemerintah.

Oleh itu, PSM mendesak agar Sarah Irdina dibebaskan segera, dan polis harus menghentikan segera tangkapan dan intimidasi terhadap aktivis dan rakyat yang mengkrtitik Kerajaan dan menyuarakan tuntutan dalam ruang demokrasi.

==========

Sivarajan Arumugam ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM).

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluranĀ Telegram PSM.

One thought on “Bebaskan segera aktivis Sarah Irdina, hentikan intimidasi terhadap aktivis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *