DEKLARASI 1 MEI 2021:
JAMINAN KERJA, VAKSIN KEHIDUPAN
▪ COVID-19, Darurat, Krisis Ekonomi terus menjadi cabaran terbesar semasa kita menyambut hari keramat kaum pekerja – 1 Mei 2021.
▪ Kesan COVID-19 bukan sekadar krisis kesihatan awam, malah ia juga ialah krisis ekonomi, krisis jaminan kerja, krisis pengangguran, krisis jaminan makanan dan krisis kelaparan.
▪ Kaum pekerja sektor informal, pekerja migran dan pelarian berhadapan dengan pemberhentian kerja secara berleluasa, pemotongan gaji bermaharajalela, diskriminasi dan pengurangan kerja secara mendadak, secara paksa dan secara zalim.
▪ Di sebalik pandemik ini, kaum kapitalis terus mencatatkan keuntungan dan kaum pemerintah terus berselindung di belakang darurat. Untuk kaum pekerja, Jaminan Kerja menjadi Vaksin Kehidupan, ia menjadi vaksin untuk mereka terus hidup, menyara keluarga dan menjamin kehidupan berterusan di bawah cabaran.
▪ Jaminan kerja ialah hak yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Sedunia. Ia adalah vaksin untuk pekerja terus hidup.
Maka, sempena dengan Hari Pekerja tahun 2021 yang luar biasa ini, Kami mengetengahkan 15 tuntutan-tuntutan seperti di bawah:
1. KERAJAAN HARUS WUJUDKAN SKIM JAMINAN PEKERJAAN
▪ Wujudkan projek-projek kemudahan awam yang diperlukan, benarkan tanah terbiar untuk diusahakan dan ambilalih kilang-kilang yang telah bankrap.
▪ Perkenalkan skim pendapatan asas RM1,000 sebulan kepada keluaga yang langsung tiada punca pendapatan.
▪ Hapuskan sistem kontrak dan gantikannya dengan pekerjaan tetap untuk mengekalkan jaminan kerja.
▪ Membuat pindaan terhadap undang-undang buruh dan PERKESO untuk beri perlindungan kepada pekerja di bawah ekonomi gig.
▪ Reformasi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) supaya semua pekerja dapat menikmati faedah pada waktu kehilangan pekerjaan tanpa syarat yang membebankan.
▪ Laksanakan Jaminan Perlindungan Sosial Sejagat untuk Semua termasuk Skim Pencen, Kemudahan untuk Golongan Warga Emas dan juga Jaminan Hak Bekerja bagi Orang Kurang Upaya (OKU)
▪ Wujudkan Jawatankuasa COVID-19 di tempat kerja yang diwakili oleh majikan, pekerja dan kesatuan untuk pastikan semua prosedur KKM diikuti secara ketat.
2. BATALKAN PROKLAMASI DARURAT DAN PULIHKAN PARLIMEN
Undang-undang kawalan kesihatan yang sedia ada sudah cukup menjamin pematuhan SOP semasa pandemik COVID-19. Demokrasi, kebebasan dan hak rakyat harus dilindungi dan dipelihara.
3. HAK KESIHATAN KEPADA SEMUA
Tingkatkan dan perkasakan hospital kerajaan. Berikan lebih dana untuk kekalkan perkhidmatan yang terbaik dan percuma. Kawal dan memiliknegarakan hospital swasta untuk mencapai aspirasi kesihatan terbaik bagi semua tanpa diskriminasi. Elaun khas bagi pekerja barisan hadapan hospital perlulah menyeluruh dan meliputi semua pekerja, termasuk pekerja kontrak pembersihan dan pengawal keselamatan.
4. JAMIN HAK PEKERJA MIGRAN DAN HENTIKAN TANGKAPAN MIGRAN DAN PELARIAN
Iktiraf hak kerja bagi pelarian dan pencari suaka. Berikan perlindungan yang saksama dan mencukupi kepada pekerja migran tanpa eksploitasi. Hentikan semua penangkapan atau penghantaran balik secara paksaan terhadap pekerja migran dan pelarian, dan berikan jaminan kepada mereka mendapat akses untuk rawatan kesihatan.
5. HAK KESATUAN SEKERJA
Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pembentukan kesatuan sekerja harus diutamakan dan dipermudahkan untuk menjamin hak dan kebajikan pekerja terjamin.
6. HENTIKAN DISKRIMINASI BERASASKAN GENDER DAN ORIENTASI SEKSUAL SERTA STATUS HIV. JAMIN HAK PEKERJA WANITA & HAK KANAK-KANAK
Hentikan segala bentuk diskriminasi dan gangguan terhadap wanita, termasuk transgender dan individu HIV + di tempat kerja. Kuatkuasakan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW); gubal Akta Kesamarataan Gender (Gender Equality Act) dan Akta Gangguan Seksual. Kami juga menyeru Kerajaan Malaysia untuk meminda Akta Kerja 1955, supaya pekerja domestik diiktiraf sebagai pekerja di bawah Jadual Pertama. Kerajaan harus lindungi dan tunaikan hak kanak-kanak mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak.
7. HAK ORANG ASAL/ASLI
Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi masyarakat Orang Asal/Asli.
8. PERUMAHAN SELESA DAN HENTIKAN PENGUSIRAN PAKSA
Laksanakan Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa. Manakala moratorium terhadap sebarang pengusiran semasa COVID-19 harus dikuatkuasakan.
9. HAK BERTANI DAN JAMINAN MAKANAN
Hentikan pengusiran petani dan penternak dari tanah yang diusahakan mereka. Iktiraf dan berikan geran tanah kepada mereka yang telah lama bertani demi menjamin keupayaan pengeluaran makanan tempatan.
10. KAWAL HARGA BARANG
Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan keperluan harian, dan kembalikan semula pemberian subsidi kepada rakyat secara berkesan.
11. JAMIN KEBEBASAN MEDIA DAN MANSUHKAN ORDINAN ANTI-BERITA PALSU, POCA, POTA, SOSMA DAN AKTA HASUTAN (1948)
Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan media harus dimansuhkan. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat bersuara harus dimansuhkan. Semua akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara harus dimansuhkan.
12. HAK PELAJAR
Mansuhkan AUKU, Akta 174, PTPTN, PTPKN dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa dan pensyarah. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar, termasuk kanak-kanak migran dan pelarian.
13. HENTIKAN PENSWASTAAN PERKHIDMATAN ASAS
Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan. Semua ini merupakan perkhidmatan asas yang wajib disediakan oleh Kerajaan untuk rakyatnya.
14. AGIHAN KEKAYAAN DAN CUKAI KHAS KE ATAS MNC
Kerajaan harus memastikan pada masa pandemik, agihan pendapatan dan jurang kekayaan tidak menjadi luas, malah harus diregulasi supaya kekayaan dapat dinikmati bersama. Kerajaan perlu melaksanakan kadar cukai kecemasan terhadap semua syarikat korporat multinasional (MNC) untuk menampung sebahagian kos dalam membekalkan bantuan kepada rakyat pada masa sekarang.
15. ISYTIHAR DARURAT IKLIM
Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti perlombongan bauksit, insinerator, loji nuklear dan lain-lain. Hentikan pengimportan sampah dari negara asing serta hentikan pembakaran tanah perladangan dan pembalakan, dan gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
Senarai organisasi yang menyokong tuntutan Hari Pekerja 2021:
- Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
- Amateur
- All Women’s Action Society
- Association of Women Lawyers (AWL)
- AU SOW YEE
- Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue)
- Centre for Independent Journalism (CIJ)
- Demokrat UM
- Demokrat UKM
- Demokrat Kebangsaan
- Diversity Malaysia
- Family Frontiers
- Five Arts Centre
- Freedom Film Network
- Gabungan Peneroka Bandar Dan Perumahan
- Gabungan Petani and Penternak
- Gerakan Mahasiswa UPM (GMM)
- Gerakan Pembebasan Akademik (GPA)
- Good Samaritan Kuala Lumpur
- Global Environment Centre
- Greenpeace Malaysia
- EMPOWER
- HINDRAF Johor
- In Between Cultura
- International Women’s Rights Action Watch Asia Pacific
- Jaringan Pekerja Kontrak
- Jaringan Penternak Nasional Marhaen
- Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
- Jaringan Perumahan Kos Rendah P.Pinang
- Kg. Bukit Kuda,Selangor
- Jawatankuasa Bekas Penduduk Kg.Chekkadi Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg.Chepor Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg.Chubadak KL
- Jawatankuasa Penduduk Kg. DBI Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg. Hakka Mantin, Selangor
- Jawatankuasa Penduduk Kg. Jawa Klang, Selangor
- Jawatankuasa Penduduk Kg. KTM Buntong, Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg. Pinang, Pusing, Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg. Pinang, Tjg.Malim, Perak
- Jawatankuasa Penduduk KTM Sg.Buloh, Selangor
- Jawatankuasa Penduduk Kg.Meru Tin
- Jawatankuasa Penduduk Jinjang Selatan
- Jawatankuasa Penduduk Perak Hydro
- Jawatankuasa Penduduk Kg Bengali Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg Lintang Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg Gopal Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg Bahari Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg Belakang Shin Chung, Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg Veerasamy, Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kg Kapor Perak
- Jawatankuasa Penduduk Padang Jawa Klang, Selangor
- Jawatankuasa Penduduk Kg.Kl Tin Kalumbang Selangor
- Jawatankuasa Penduduk Kg.India Pulau Carey Selangor
- Jawatankuasa Penduduk Kg.Sri Tanjung, Dengkil, Selangor
- Johor Yellow Flame (JYF)
- Justice for Sisters
- Kelab Belia Gemilang Iskandar Puteri
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia
- KLSCAH Youth
- Kuliyah Buku (KUBU)
- KRYSS Network
- Liberasi
- LLG Cultural Development Centre
- Mahasiswa Roket
- Malaysia Muda
- Malaysian Progressives in Australia
- Misi Solidariti
- National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)
- North South Initiative
- Otai Reformis 1998
- Parti Murba
- Parti Sosialis Malaysia (PSM)
- Pemuda Sosialis
- Persatuan Kebajikan Sosial Dan Pendidikan Progresif
- Persatuan Kebajikan dan Sosial Rutraksha Negeri Sembilan
- Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (KAMY)
- Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
- Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
- Persahabatan Semparuthi
- Persatuan Tamil Neri Malaysia
- Penempatan Jalan Reko Kajang Selangor
- People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
- Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia – GRASS MALAYSIA
- Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH)
- Pusat KOMAS
- RUANG KOMUNITI P320
- Sabah Women’s Action-Resource Group
- Sarawak Women For Women Society (SWWS)
- Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
- Senthamizhar Peravai Malaysia (SEPAM)
- Sisters In Islam
- Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
- SUSDEN Malaysia
- Women’s Aid Organisation
- Women’s Centre For Change (WCC)
- Young Democrats
3 thoughts on “Deklarasi 1 Mei 2021: Jaminan Kerja, Vaksin Kehidupan”