PULAU CAREY, SELANGOR – 29 SEPTEMBER 2020: Pada hari ini, wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sharan Raj, Darren Ong dan Lucas Heng, menghadiri sesi Town Hall yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantah penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

HSKLU merupakan hutan simpan terakhir di Selangor Selatan yang menapis udara pencemaran industri dari Barat Daya Selangor sebelum sampai ke Lembah Klang ketika tiupan angin barat daya (Mei – September) setiap tahun.

PSM menyatakan bahawa HSKLU penting untuk menjaga ekologi, kebersihan udara, menyerap karbon, menjadi “paru-paru hijau” (green lung) dan menangani krisi iklim. HSKLU mampu membendung 5.5 juta tan karbon dioksida (CO2) yang akan meningkatkan suhu bumi.

PSM berhujah tentang ketidakperluan untuk pembangunan bercampur di atas tanah HSKLU kerana 30% rumah di Malaysia tidak terjual adalah di dalam Selangor dan Kuala Lumpur Bangunan komersial tanpa penghuni di Lembah Klang adalah 23.5% (2019) dan budaya kerja dari rumah akan mengurangkan keperluan ruang komersial.

PSM menyeru agar HSKLU diwarta sebagai hutan adat Orang Asli di Kuala Langat.

Wakil PSM, Darren Ong, memberi input dalam Sesi Town Hall Penyiasatan Pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

=========

Laporan oleh Biro Alam Sekitar Parti Sosialis Malaysia (PSM).

One thought on “Selamatkan hutan simpan terakhir di Selangor Selatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *