AP20122352617686.jpg
Athens, Greece. (foto oleh Petros Giannakouris / AP Photo)

1 Mei setiap tahun ialah Hari Pekerja Sedunia, satu hari untuk memperingati perjuangan pekerja yang memenangi hak pekerja yang dinikmati hari ini dan menyuarakan tuntutan pekerja untuk peningkatan kesejahteraan masyarakat.

Sambutan Hari Pekerja Sedunia pada tahun ini agak luar biasa, kerana penularan pandemik COVID-19 di peringkat dunia. Pekerja-pekerja sedunia selain menghadapi ancaman kesihatan kerana penularan wabak, juga sedang berdepan dengan gelombang pembuangan kerja dan pengangguran kronik yang melanda akibat daripada krisis ekonomi yang berkemungkinan paling teruk pada zaman kita ini.

Hari Pekerja Sedunia yang biasanya disambut dengan aksi massa di jalanan yang dianjurkan oleh gerakan pekerja dan parti-parti kiri di merata dunia, telah berubah bentuknya pada tahun ini kerana terpaksa mengambil langkah untuk membendung ancaman wabak COVID-19. Skala aksi sambutan telah jauh kecil berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun semangat perjuangan pekerja masih kuat ditunjukkan dalam pelbagai aksi yang berlainan bentuk. Kreativiti memainkan peranan penting untuk gerakan pekerja meneruskan perjuangannya.

Ramai beralih ke dunia maya untuk menyambut hari yang bermakna ini secara atas talian (online). Sementara itu, adanya sesetengah gerakan pekerja masih mengadakan aksi jalanan tetapi mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai topeng muka sepanjang aksi, sebagai langkah mencegah penyebaran koronavirus. Walau apapun bentuk sambutan Hari Pekerja Sedunia, apa yang penting adalah untuk meneruskan solidariti pekerja sedunia dalam usaha memperjuangkan pembebasan pekerja daripada cengkaman eksploitasi sistem kapitalis.

Berikut ialah sepintas lalu sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini di merata tempat di dunia:

Austria Vienna - Thomas Kronsteiner-Getty Images
Vienna, Austria. (foto oleh Thomas Kronsteiner / Getty Images)
Chile - Santiago - REUTERS - Ivan Alvarado
Santiago, Chile. (foto oleh Ivan Alvarado / REUTERS)
El Salvador - Screenshot_2020-05-02 May Day protests during a pandemic Pictures Reuters
San Marcos, El Salvador. (foto oleh Jose Cabezas / REUTERS)
Philippines - Screenshot_2020-05-02 a3ed392f-9ada-4150-9bfa-188140ef0877-25001 jpg (WEBP Image, 1280 × 853 pixels) - Scaled (76%)
Bandar Quezon, Filipina. (foto oleh Jes Aznar / Getty Images)
Greece - Screenshot_2020-05-02 2c80bb49-fcd8-410c-bd61-de21cc857bd9-24991 jpg (WEBP Image, 1280 × 720 pixels) - Scaled (90%)
Athens, Greece. (foto oleh PAME via AP)
Greece - Thesanoloki - Murad Sezer - Reuters
Thessaloniki, Greece. (foto oleh Murad Sezer / Reuters)
Jerman - Screenshot_2020-05-02 56dac7f7-f815-4dc6-87a3-5af1c15bab16-25003 jpg (WEBP Image, 1280 × 853 pixels) - Scaled (76%)
Berlin, Jerman. (foto oleh Sean Gallup / Getty Images)
Jerman- DruisburgScreenshot_2020-05-02 89a8cef3-8bd3-4b29-b798-313a6da710f9-24993 jpg (WEBP Image, 1280 × 797 pixels) - Scaled (82%)
Duisburg, Jerman. (foto oleh Caroline Seidel / AP)
Kuba - Havana
Tiada perhimpunan Hari Pekerja di Havana, Kuba, pada tahun ini, tetapi rakyat Kuba menyanyikan lagu kebangsaan beramai-ramai di balkoni rumah pada waktu pagi untuk menyambut Hari Pekerja Sedunia.
Lebanon - Beirut - Nabil Mounze - EPA
Beirut, Lubnan. (foto oleh Nabil Mounze / EPA)
Norway - Lillestrom, Norway. Terje Bendiksby - NTB Scanpix - via REUTERS
Jonas Gahr Støre, pemimpin Parti Buruh Norway, berucap dalam satu perhimpunan Hari Pekerja secara pandu masuk (drive-in) di Lillestrøm, Norway. (foto oleh Terje Bendiksby / NTB Scanpix via REUTERS)
Uruguay - Screenshot_2020-05-02 627b99d1-4bfa-4062-8713-39e883d43d40-25000 jpg (WEBP Image, 1280 × 853 pixels) - Scaled (76%)
Montevideo, Uruguay. (foto oleh Matilde Campodonico / AP)
US - New York
New York, Amerika Syarikat.
US - Seattle - Mike Siegel - The Seattle Times
Seattle, Amerika Syarikat. (foto oleh Mike Siegel / The Seattle Times)

Tuntutan pekerja di Malaysia sempena sambutan Hari 1 Mei 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *