oleh Ramlan bin Ramli
Ibnu Khaldun membahaskan
tentang tiga sistem pemerintahan (rejim).
Rejim Primitif
Rejim Rasional
Rejim Syariah
Sekiranya kita jujur menelusuri dan bermuhasabah,
walaupun kita sekarang hidup dalam dunia moden,
kita akan dapat mengenalpasti,
siapa kita sebenarnya.
Adakah kita
Primitif
Rasional atau
Syariah
Dalam primitif jahiliyah
Muhammad mendapat wahyu menjadi Rasulullah
Dalam rasional budaya
Ilmuan tersesat dalam cakna materialisme
Dalam jihad mendambakan syariah
Ulama hanyut di arus rasis yang renyah.
(tika sangap demam urat)
29 Oktober 2019