20190216090021__MG_1437-01

oleh Wan Zamzahidi Wan Zahid

Ramai yang bertanya (sesetengahnya mempertikaikan) kenapa Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding dalam Pilihanraya Kecil Semenyih. Kata mereka, PSM bukanlah satu parti yang popular dan dalam PRU-14 yang lalu, mengalami kekalahan di semua kerusi yang ditandingi. Justeru, bertanding hanya membuang masa dan tenaga.

Yang pertamanya, bertanding dalam pilihanraya sama ada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, adalah salah satu proses dalam demokrasi. Semua parti yang sah, berhak untuk bertanding dalam pilihanraya. Oleh itu, sebagai sebuah parti yang sah dan berdaftar di Malaysia, bertanding dalam pilihanraya adalah satu proses biasa yang PSM lalui.

Keduanya, PSM telah lama berkhidmat di kawasan tersebut. Golongan marhaen di Semenyih mungkin biasa dengan wajah-wajah aktivis PSM seperti saudara Arul, saudara Nik Aziz sendiri selain aktivis-aktivis lain. Bertanding dalam PRK ini adalah usaha PSM untuk meningkatkan kemampuan dalam membantu rakyat di kawasan Semenyih dengan cara membawa suara rakyat ke tempat sepatutnya sekiranya menang. Adakah orang lain tidak berbuat begitu? Ya, ada. Tapi khalayak patut melihat bahawa dalam situasi politik sekarang, wakil-wakil rakyat yang dipilih berdasarkan parti-parti politik lain yang ada, terikat dengan kepartian mereka. Boleh dilihat jika pengundian dilakukan dalam dewan, blok kerajaan akan seratus peratus menyokong dan blok pembangkang akan seratus peratus menentang. Akhirnya, dewan hanya menjadi satu badan “rubber stamp” sahaja kerana dengan majoriti yang ada, tentu semua usul akan disokong. Inilah masanya untuk rakyat memilih seorang wakil rakyat yang lain dari yang lain. Yang akan berdiri atas prinsip kepentingan rakyat yang diwakili, melebihi parti, kaum atau sebagainya.

Untuk menjadi seorang calon dalam PSM, seorang mesti memiliki ciri-ciri dan kesanggupan seperti:

1. Telah bekerja untuk rakyat di kawasan tersebut paling kurang 5 tahun. Dalam PSM, istilah calon payung terjun tak pernah wujud. Calon yang ditampilkan telah terbukti berdedikasi untuk berkhidmat kepada rakyat.

2. Mengisytiharkan harta serta milikan peribadi untuk diadili rakyat. Jika dipilih, setiap tahun, beliau juga perlu mengisytiharkan harta agar rakyat dapat melihat sebenarnya beliau bekerja untuk rakyat atau poket sendiri.

3. Tidak memainkan isu kaum atau agama dan keturunan. Seorang calon PSM mesti mewakili rakyat tanpa mengira perbezaan kaum dan sebagainya.

Calon PSM yang ditampilkan semestinya berwibawa, boleh bekerja, tiada kepentingan peribadi dan berani untuk membawa suara rakyat untuk memastikan hak-hak rakyat terbela.

Justeru, persoalan sama ada wajar atau tidak PSM meletakkan calon dalam PRK Semenyih tidak sepatutnya timbul, dan dalam ertikata mencari seorang yang benar-benar boleh menjadi wakil kepada rakyat, seharusnya calon PSM mempunyai peluang yang lebih besar untuk dipilih.

************************************

Wan Zamzahidi Bin Wan Zahid ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia, merangkap Ahli Perwakilan PSM untuk negeri Pahang dan Terengganu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s