40589320_2097569590266904_6242522303725305856_n.jpg

PUTRAJAYA – 3 SEPTEMBER 2018: Jeffry Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah & Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, telah membuat satu aduan di Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini, berkenaan dengan isu tauke balak yang sedang memberi sogokan kepada Tok Batin di sekitar kawasan Pos Lanai untuk mematahkan bantahan Orang Asli terhadap kerja-kerja pembalakan di situ.

Masyarakat Orang Asli di Pos Lanai diancam oleh aktiviti pembalakan haram sejak tahun lalu. Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Pos Lanai pernah menghalang jentolak daripada masuk ke kawasan mereka pada bulan Ogos 2017. Kontraktor yang membawa jentolak tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah. Aktiviti pembalakan boleh menghancurkan habitat masyarakat Orang Asli setempat.

Masyarakat Orang Asli di Pos Lanai telah bergabung di bawah Jawatankuasa Bertindak Tanah & Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai sejak beberapa tahun dahulu dalam usaha membantah pembinaan Empangan Telom yang bakal memusnahkan kehidupan mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *