Hutang

Jika seseorang itu tiada wang untuk membeli sesuatu barang, dia pergi meminjam wang daripada seorang yang lain. Orang yang mendapat wang pinjaman itu adalah penghutang, manakala orang yang meminjam keluar wangnya itu adalah pemiutang. Wang yang dipinjamkan oleh pemiutang kepada penghutang itu perlu dipulangkan kepada pemiutang. Jika pemiutang itu sangat murah hati dan tidak mengharapkan … Teruskan membaca Hutang

Kewangan

Matawang adalah sejenis komoditi. Ia adalah komoditi di mana semua komoditi yang lain menunjukkan nilai tukar masing-masing melalui nilainya. Sebagai pengukur bersama untuk nilai, matawang tiada apa-apa sifat yang misteri. Matawang juga merupakan hasil buruh manusia, dan ia mempunyai nilai yang tertentu. Apabila aktiviti pertukaran komoditi semakin kerap dan mendominasi seluruh masyarakat, matawang bukan lagi semata-mata … Teruskan membaca Kewangan

Kredit

Kredit adalah “kepercayaan” yang membolehkah sesuatu pihak meminjam wang atau sumber kebendaan kepada orang lain (yang menjadi penghutang), di mana penghutang tidak perlu membayar balik serta-merta tetapi membayar balik beberapa ketika selepas itu (dan biasanya dengan pulangan faedah). Oleh itu, secara ringkasnya, sistem kredit adalah sistem pinjaman dengan pulangan berfaedah. Seorang lintah darat meminjam wang kepada seseorang, … Teruskan membaca Kredit

Krisis ekonomi

    Terdapatnya sejenis kecenderungan dalam sistem kapitalis, iaitu sistem kapitalis sentiasa ingin memperluaskan pengeluaran tanpa had, memperluaskan arena persaingan untuk aktiviti-aktivitinya ke seluruh dunia, dan menganggap seluruh umat manusia itu sebagai pembeli yang berpotensi untuk komoditinya. Maka adanya satu kontradiksi yang agak menarik, seseorang kapitalis itu suka melihat kapitalis lain menaikkan gaji pekerja, kerana … Teruskan membaca Krisis ekonomi

Pengumpulan modal

Pengumpulan modal atau akumulasi modal (capital accumulation) adalah proses permodalan nilai surplus, iaitu proses menukarkan nilai surplus kepada modal. Pengeluaran kapitalis bukan sahaja pengeluaran komoditi (barangan yang dihasilkan untuk dijual) yang bermotifkan keuntungan, tetapi juga untuk pengumpulan modal. Logik kapitalisme menetapkan bahawa kebanyakan nilai surplus perlu dikumpulkan (untuk ditukarkan kepada modal tambahan, membeli mesin baru, membeli lebih … Teruskan membaca Pengumpulan modal

Immanuel Wallerstein (1930-2019): Intelek anti-kapitalis yang bangunkan analisis Sistem-Dunia

“Tiadanya dan tidak boleh adanya kapitalisme yang pelbagai kerana kapitalisme ialah struktur tunggal yang merupakan ciri penentu untuk sistem dunia moden.” - Immanuel Wallerstein, Capitalism as an Essential Concept to Understand Modernity, 2016 Immanuel Wallerstein, seorang tokoh intelek dalam bidang sosiologi, sejarah ekonomi dan analisis sistem-dunia yang terkenal di Amerika Syarikat, meninggal dunia pada 31 … Teruskan membaca Immanuel Wallerstein (1930-2019): Intelek anti-kapitalis yang bangunkan analisis Sistem-Dunia

Ancaman Populisme Kanan dalam konteks krisis global

Populisme Kanan sudah menjadi satu trend politik yang sedang melanda negara-negara di seluruh dunia dalam satu dekad yang lalu. Ia menjadi ancaman kepada ruang demokrasi dan penghalang kepada usaha pembebasan masyarakat. Keputusan referendum Brexit di UK dan kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya Presiden AS pada tahun 2016 menandakan bahawa “kebangkitan” populis kanan itu sesuatu yang … Teruskan membaca Ancaman Populisme Kanan dalam konteks krisis global