Komun Paris 1871 (Siri Revolusi Dunia – 10)

Komun Paris 1871 ialah salah satu episod sejarah perjuangan kelas pekerja yang paling mengujakan. Dalam tempoh hanya beberapa minggu pada tahun 1871, kelas pekerja yang dikepung oleh musuh-musuh reaksioner telah menunjukkan kepada dunia bahawa golongan pekerja boleh mentadbir masyarakat secara demokratik, tanpa perlunya kapitalis. Buat pertama kali dalam sejarah, walaupun terhad kepada sebuah bandar, kita dapat menyaksikan bagaimana kelas pekerja boleh berorganisasi sebagai sebuah kelas pemerintah. Sehingga hari ini, pengalaman perjuangan bersejarah Komun Paris telah menyediakan pengajaran yang penting dan inspirasi yang bersemangat kepada semua golongan sosialis yang ingin memperjuangkan pembebasan masyarakat sebenar.

Ancaman Populisme Kanan dalam konteks krisis global

Populisme Kanan sudah menjadi satu trend politik yang sedang melanda negara-negara di seluruh dunia dalam satu dekad yang lalu. Ia menjadi ancaman kepada ruang demokrasi dan penghalang kepada usaha pembebasan masyarakat. Keputusan referendum Brexit di UK dan kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya Presiden AS pada tahun 2016 menandakan bahawa “kebangkitan” populis kanan itu sesuatu yang … Continue reading Ancaman Populisme Kanan dalam konteks krisis global