Kenapa pilih PSM di Semenyih?

Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih dengan Nik Aziz Afiq sebagai calonnya. Mungkin masih ada orang yang tertanya-tanya, PSM hanya sebuah parti kecil, apa boleh dilakukannya dengan hanya seorang wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri? PSM bukan sahaja menawarkan seorang calon yang berkualiti dan dapat dipercayai, tetapi juga membawa visi politik … Continue reading Kenapa pilih PSM di Semenyih?

Prestasi calon PSM jauh lebih baik berbanding calon lain dalam PRK Semenyih

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih, Nik Aziz Afiq, nampaknya jauh lebih menyerlah dalam pelbagai segi berbanding calon-calon lain, sama ada calon daripada Pakatan Harapan, Basisan Nasional atau calon bebas. Ketika calon-calon daripada parti politik aliran utama yang memerlukan pemimpin kanan yang terkenal ataupun "bintang" politik datang berkempen untuk mereka, malah … Continue reading Prestasi calon PSM jauh lebih baik berbanding calon lain dalam PRK Semenyih

Nik Aziz Afiq akan tampil dalam siaran langsung Wacana Sinar 27 Februari 2019

Walaupun siaran langsung debat calon yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0 telah dibatalkan selepas calon daripada BN dan PH menolak untuk berdebat, calon PSM Nik Aziz Afiq masih ada peluang untuk tampil di depan kaca TV secara siaran langsung pada 27 Februari 2019. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BERSIH 2.0, selepas berbincang dengan Astro, forum … Continue reading Nik Aziz Afiq akan tampil dalam siaran langsung Wacana Sinar 27 Februari 2019

Calon PSM paling menyerlah dalam PRK Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR – 23 FEBRUARI 2019: Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih sudah berjalan separuh pada hari ini. Jentera Kempen PSM untuk PRK Semenyih telah mengemukakan penilaiannya terhadap perjalanan kempen setakat ini dalam sidang akhbar yang diadakan pada hari ini. Setakat ini, sudah terbukti bahawa calon PSM untuk PRK Semenyih, Nik Aziz Afiq, paling … Continue reading Calon PSM paling menyerlah dalam PRK Semenyih

Mengapa PSM patut dimenangkan di Semenyih?

oleh Arveent Kathirtchelvan Saya agak tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr Rais Hussin tempoh hari, berkenaan Pilihanraya Kecil Semenyih yang bakal menjelang. Beliau bijak memilih tajuk artikelnya, yang cuba mengalihkan fokus pilihanraya ini kepada sebuah pertandingan satu lawan satu di antara Pakatan Harapan (PH) dengan kontinjen PAS-Barisan Nasional (BN), lalu mengangkatnya sebagai "Hari Penentuan" … Continue reading Mengapa PSM patut dimenangkan di Semenyih?

Kenapa calon BN dan PH tak berani berdebat dengan calon PSM?

Setelah sejarah tercipta dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Cameron Highlands dengan menyaksikan debat antara calon yang disiarkan  secara langsung di saluran TV perdana untuk kali pertama, PRK kawasan DUN Semenyih nampaknya tidak akan dapat menyambung sejarah ini, sebaliknya melangkah ke belakang, apabila calon-calon daripada dua parti gergasi enggan menyertai debat antara calon pilihanraya yang … Continue reading Kenapa calon BN dan PH tak berani berdebat dengan calon PSM?

Debat calon PRK Semenyih: PSM kecewa dengan calon-calon yang enggan menghormati proses demokrasi

oleh S. Arutchelvan Jentera PSM untuk PRK N24 Semenyih amat kecewa dengan keengganan calon-calon daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan untuk menyertai debat yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan BERSIH 2.0. Kami melihat sikap sebegini adalah amat bertentangan dengan semangat demokrasi yang terbuka dalam era Malaysia Baru ini. Lebih mendukacitakan adalah apabila calon Pakatan Harapan yang merupakan … Continue reading Debat calon PRK Semenyih: PSM kecewa dengan calon-calon yang enggan menghormati proses demokrasi

Kenali Nik Aziz Afiq – calon PSM untuk PRK Semenyih

Nik Aziz Afiq Bin Haji Abdul, calon yang paling muda dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, lahir pada 7 Julai 1994 di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Beliau dinamakan sempena Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan selaku pemimpin yang dikagumi oleh ayahnya, Haji Abdul. Ayah Nik Aziz Afiq sendiri … Continue reading Kenali Nik Aziz Afiq – calon PSM untuk PRK Semenyih

Nik Aziz Afiq kemukakan Manifesto PSM untuk PRK Semenyih

 SEMENYIH, SELANGOR – 18 FEBRUARI 2019: Nik Aziz Afiq, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, telah membentangkan Manifesto PSM untuk PRK Semenyih dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan pada hari ini. Walaupun Mahathir pernah mengatakan manifesto itu bukan kitab suci, tetapi PSM amat memandang serius tentang manifesto, kerana … Continue reading Nik Aziz Afiq kemukakan Manifesto PSM untuk PRK Semenyih

Manifesto PSM untuk PRK Semenyih

Manifesto Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk PRK Semenyih 7 isu utama kami perjuangkan 1. Perumahan Mampu milik untuk semua Gesa kerajaan kawal harga rumah agar rumah mampu dibeli bukan mampus milik. 2. Tingkatkan Klinik Kesihatan Semenyih ke status hospital 3. Kembalikan pengajian kelas tingkatan 6 di Semenyih 4. Kempen untuk batalkan bayaran penyelenggaraan (maintenance) bulanan … Continue reading Manifesto PSM untuk PRK Semenyih