Perjuangan pembebasan hamba di Amerika (Siri Revolusi Dunia – 11)

Apabila dunia melangkah ke dalam zaman moden dengan kemunculan kapitalisme, dari kapal-kapal pengangkut hamba yang merentasi Lautan Atlantik ke kawasan perladangan yang terbentang luas di bumi Amerika, golongan hamba yang diperah tenaga mereka secara paksaan itu sering kali bangkit melawan. Setiap sebatan cambuk yang meninggalkan luka di atas badan hamba, lambat laun pasti dibalas dengan kebangkitan hamba yang hebat untuk menentang penindasan, menuntut kebebasan, menebus keadilan, menegakkan kesamarataan dan memulihkan kemanusiaan.

Revolusi Haiti (Siri Revolusi Dunia – 06)

Revolusi Haiti merupakan satu-satunya pemberontakan hamba yang berjaya dalam sejarah. Revolusi Haiti melahirkan sebuah negara baharu yang bebas daripada perhambaan. Haiti menjadi negara berdaulat pertama yang diasaskan oleh golongan bekas hamba kulit hitam, dan negara moden kedua di Hemisfera Barat yang mencapai kemerdekaan daripada kuasa imperialis Eropah, selepas Amerika Syarikat. Haiti juga merupakan negara berdaulat pertama di Amerika yang menghapuskan perhambaan secara berkekalan, enam dekad lebih awal berbanding Amerika Syarikat.

Perjuangan kelas sebelum kapitalisme (Siri Revolusi Dunia – 01)

Pertentangan kelas sentiasa ada selagi masyarakat kelas itu masih wujud. Perjuangan kelas boleh tercetus apabila pertentangan kelas itu tidak dapat lagi dibendung, sama ada dengan cara yang lembut atau keras. Perjuangan kelas yang hebat pada zaman sebelum wujudnya kapitalisme pernah berlaku di banyak tempat di seluruh dunia. Di mana adanya ketidaksamarataan, ketidakadilan, perhambaan, pemaksaan dan penindasan, di situ semestinya timbul perjuangan kelas untuk mengubah keadaan.