Mahkamah Rayuan ketepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengusir penternak ikan Kuala Kuang

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan daripada 2 orang penternak ikan dari Kuala Kuang, Chemor, Perak, untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengusir mereka. Keputusan Mahkamah pada 5 Oktober 2020 ini dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga orang hakim yang terdiri daripada Datuk Hanipah binti Farikullah, Datuk Nor Bee Binti Ariffin dan Dato’ … Continue reading Mahkamah Rayuan ketepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengusir penternak ikan Kuala Kuang

Petani Kuala Kuang perlu campurtangan Kerajaan Perak untuk hentikan pengusiran paksa

IPOH, PERAK: 7 orang petani dan penternak ikan dari Kampung Kuala Kuang, Chemor, Perak, merayu pada Kerajaan Negeri Perak supaya mencampurtangan dalam menyelesaikan masalah ancaman pengusiran paksa yang sedang dihadapi oleh mereka. Mereka telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Perak pada 3 Mei 2019. Petani dan penternak ikan yang berkenaan telah menerima notis pengusiran … Continue reading Petani Kuala Kuang perlu campurtangan Kerajaan Perak untuk hentikan pengusiran paksa

Hentikan pengusiran paksa terhadap petani kawasan pertanian Kampung Kuala Bikam

BIDOR, PERAK: Sejak bulan Ogos 2018, kawasan pertanian dan penternakan ikan air tawar di kawasan tanah kerajaan yang terbiar di sekitar Kampung Kuala Bikam diancam oleh syarikat pengambilan pasir dan ejen-ejennya. Seramai 30 orang petani dan penternak dari Kampung Kuala Bikam sedang mengusahakan tanah bekas lombong seluas 190 ekar untuk lebih daripada 30 tahun  dengan … Continue reading Hentikan pengusiran paksa terhadap petani kawasan pertanian Kampung Kuala Bikam