Komun Paris 1871 (Siri Revolusi Dunia – 10)

Komun Paris 1871 ialah salah satu episod sejarah perjuangan kelas pekerja yang paling mengujakan. Dalam tempoh hanya beberapa minggu pada tahun 1871, kelas pekerja yang dikepung oleh musuh-musuh reaksioner telah menunjukkan kepada dunia bahawa golongan pekerja boleh mentadbir masyarakat secara demokratik, tanpa perlunya kapitalis. Buat pertama kali dalam sejarah, walaupun terhad kepada sebuah bandar, kita dapat menyaksikan bagaimana kelas pekerja boleh berorganisasi sebagai sebuah kelas pemerintah. Sehingga hari ini, pengalaman perjuangan bersejarah Komun Paris telah menyediakan pengajaran yang penting dan inspirasi yang bersemangat kepada semua golongan sosialis yang ingin memperjuangkan pembebasan masyarakat sebenar.

Malaysia Bekerja: Dasar strategik untuk rangsang pembangunan industri baharu

(Siri “Malaysia Bekerja” - 2) (foto: United Nations Photo) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan ekonomi rakyat dan menjana pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Kerajaan wajar memperkenalkan polisi strategik untuk … Continue reading Malaysia Bekerja: Dasar strategik untuk rangsang pembangunan industri baharu