Kemerdekaan bukannya sekadar bermakna sesebuah negara itu mempunyai wilayahnya sendiri, kerajaannya sendiri, bendera kebangsaannya sendiri dan negara kebangsaannya sendiri. Ia adalah lebih daripada itu. Sebuah negara yang merdeka ialah sebuah negara yang bebas daripada cengkaman kuasa imperialis kapitalis, dengan rakyatnya bebas dalam menentukan nasib mereka sendiri dan mentadbir urus mereka sendiri secara bersama tanpa campur tangan kuasa asing.
Mencari makna Malaysia
Menjelang Hari Malaysia Ke-60, negara kita berada dalam satu keadaan yang tidak tentu akan arah tujunya.
55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis
55 tahun dahulu, pada 16 September 1963, “Persekutuan Malaysia” ditubuhkan. Persekutuan Malaysia semasa penubuhannya merupakan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu (ataupun dikenali sebagai Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun, penubuhan Malaysia berlaku pada zaman yang penuh gelora politik perjuangan yang diiringi dengan penindasan keras terhadap gerakan politik yang menentang pengaruh kuasa imperialis di rantau ini. … Continue reading 55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis
