Afrika Selatan: Mogok pekerja ketengah isu korupsi dan kehilangan kerja

Mogok besar-besaran di Afrika Selatan pada 7 Oktober 2020 yang melumpuh negara itu, telah mengetengahkan pelbagai isu sosio-ekonomi yang menjejaskan kehidupan kelas pekerja. Demonstrasi telah diadakan di bandar-bandar dan pekan-pekan seluruh negara Afrika Selatan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati golongan pekerja terhadap masalah korupsi, kehilangan kerja, kegagalan kerajaan Afrika Selatan dalam menyediakan perlindungan kepada rakyat ketika … Continue reading Afrika Selatan: Mogok pekerja ketengah isu korupsi dan kehilangan kerja

Setahun sudah Gerakan Jaket Kuning

17 November 2019 menandakan ulangtahun pertama pencetusan gerakan “Jaket Kuning” (Gilet Jaunes) di Perancis. Lebih kurang 600 orang aktivis gerakan Jaket Kuning dari seluruh negara Perancis telah mengadakan satu perhimpunan baru-baru ini pada 1-3 November 2019 di bandar Montpelier, untuk membincangkan masa depan gerakan Jaket Kuning menjelang ulangtahun yang pertama untuk gerakan rakyat yang hebat … Continue reading Setahun sudah Gerakan Jaket Kuning

Joker: Tragedi neoliberalisme yang membiak kegilaan

Filem Hollywood terbaru yang berasaskan watak dalam DC Comics, Joker, menyajikan kepada penonton yang hendak mencari hiburan di pawagam, satu persembahan realiti yang amat tidak menyenangkan, iaitu neoliberalisme merupakan (salah satu jikalau bukan satu-satunya) punca kepada kegilaan dan keganasan di dunia kita hari ini. Neoliberalisme ialah bentuk kapitalisme yang menjual pil khayalan “pasaran bebas” yang … Continue reading Joker: Tragedi neoliberalisme yang membiak kegilaan

Lubnan: Rakyat bangkit lawan dasar ekonomi yang menindas

Sejak 17 Oktober 2019, Lubnan dilanda gelombang protes yang terbesar dalam 14 tahun kebelakangan ini yang telah melumpuhkan negara tersebut. Protes yang bermula daripada ketidakpuasan hati terhadap pengenalan cukai yang membebankan rakyat, telah berkembang menjadi tunjuk perasaan kemarahan yang hebat terhadap gejala korupsi dan cara kerajaan yang bermasalah dalam mengendalikan ekonomi negara Lubnan. Kerajaan Lubnan … Continue reading Lubnan: Rakyat bangkit lawan dasar ekonomi yang menindas

Ecuador: Perjuangan rakyat menang tuntutan, tapi kerajaan teruskan penindasan

Selepas protes rakyat besar-besaran untuk selama 12 hari berturut-turut, satu kemenangan penting dicapai oleh perjuangan rakyat Ecuador apabila kerajaan yang dipimpin Presiden Lenín Moreno menarik balik pakej “pembaharuan” neoliberal yang ditentang hebat oleh rakyat Ecuador. Namun begitu, kerajaan Moreno telah melancarkan penangkapan berterusan terhadap aktivis politik pembangkang di negara itu. Pada 13 Oktober 2019, Kerajaan … Continue reading Ecuador: Perjuangan rakyat menang tuntutan, tapi kerajaan teruskan penindasan