Imbas kembali 2020 (Antarabangsa): Pandemik koronavirus dan perjuangan masyarakat yang berterusan

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar untuk rakyat di seluruh dunia. Dengan kes jangkitan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang paling awal dikesan di bandaraya Wuhan, China, dan mula merebak ke seluruh dunia sejak awal tahun 2020, pandemik koronavirus masih mengancam dunia kita dengan kes jangkitan yang terkumpul mencecah 80 juta dan angka kematian melebihi … Continue reading Imbas kembali 2020 (Antarabangsa): Pandemik koronavirus dan perjuangan masyarakat yang berterusan

Belarus: Ulang tayang Euromaidan?

Lebih 100,000 orang turun ke jalanan di bandar Minsk, ibu negara Belarus, pada 16 Ogos 2020, untuk menyertai aksi demonstrasi yang paling besar dalam sejarah negara itu. Aksi massa yang hebat dengan penyertaan daripada rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat ini telah menggegarkan kedudukan Presiden Alexander Lukashenko yang cuba mempertahankan kuasa yang dipegangnya sejak tahun 1994. … Continue reading Belarus: Ulang tayang Euromaidan?

Belarus: Lukashenko dihantui krisis politik

Belarus sedang berdepan dengan krisis politik yang paling serius dalam sejarah pasca Kesatuan Soviet di negara itu. Gelombang protes yang tercetus sebelum Pilihanraya Presiden telah memuncak sejurus selepas pilihanraya yang menyaksikan Alexander Lukashenko, yang digelar “Diktator Terakhir di Eropah”, menang untuk kali keenam dalam pilihanraya yang penuh dengan kontroversi dan mengekalkan jawatan Presiden Belarus yang … Continue reading Belarus: Lukashenko dihantui krisis politik