Pergolakan rentas Selat Taiwan yang terbaru ini mengedepankan semula Persoalan Taiwan di mata dunia. Walaupun Taiwan sebuah negara yang merdeka secara de facto, tetapi Kerajaan China sentiasa mendakwa bahawa negara pulau itu ialah sebahagian daripada wilayahnya. Sementara itu, negara AS yang pernah menempatkan tentera di Taiwan dahulu telah mengambil pendirian yang kabur dalam Persoalan Taiwan untuk beberapa dekad kebelakangan ini untuk percaturan geostrategiknya. Namun, dengan persaingan kuasa geopolitik antara AS dan China semakin meningkat dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini, Persoalan Taiwan telah dijadikan sebagai pertaruhan.
Kecam dan lawan langkah-langkah imperialisme AS cari gaduh di rantau Asia-Pasifik
Parti-parti Kiri di Asia Tenggara mengecam tindakan agresif imperialis AS yang mengancam keamanan serantau Asia-Pasifik dan menyeru untuk langkah-langkah yang membantu dalam memupuk persekitaran kerjasama global yang aman.
AUKUS mengancam keamanan Asia-Pasifik
Pembentukan AUKUS bakal mencetuskan persaingan persenjataan. Rantau Asia-Pasifik menjadi semakin tidak selamat kerana “pakatan keselamatan” antara kuasa besar.