Sehari selepas peristiwa pertumpahan darah di jalanan, di bawah desakan yang hebat daripada golongan demonstran, K. P. Sharma Oli meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri Nepal.
Indonesia: 9 tuntutan pekerja dan rakyat
Perserikatan Sosialis mengemukakan 9 tuntutan pekerja dan rakyat Indonesia pada ketika tercetusnya gelombang protes rakyat menentang rejim pemerintahan Prabowo Subianto.
Indonesia: Pihak berkuasa menzalimi demonstran yang lawan kepincangan rejim
Dengan Prabowo meneruskan dasar yang mengakibatkan peningkatan pengangguran dan kesusahan ekonomi rakyat bawahan, di samping semakin menghakis ruang kebebasan demokratik, tercetusnya siri gelombang protes yang diterajui oleh golongan anak muda dan pekerja sejak bulan Februari 2025.
Mengenai Perang Kemboja-Thailand
Pendamaian antara negara adalah satu-satunya penyelesaian yang adil untuk rakyat terbanyak.
Konflik sempadan Kemboja-Thailand: Pertumpahan darah yang didorong ultranasionalisme
Konflik peperangan antara negara yang berkisar pada tuntutan wilayah sering digunakan oleh kelas pemerintah di sesebuah negara untuk memperluaskan kekuasaan jentera keganasan negara demi melindungi kepentingan ekonomi mereka dan mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah asas masyarakat.
India: 250 juta pekerja dan petani mogok bantah dasar anti-pekerja
Platform Bersama Kesatuan Sekerja Pusat (CTU) menganjurkan aksi mogok sehari di seluruh India untuk membantah dasar-dasar anti-pekerja yang diamalkan oleh kerajaan berhaluan kanan pimpinan Narendra Modi.
Konflik India-Pakistan: Ancaman perang yang memudaratkan rakyat Asia Selatan
Tangisan perang yang cuba dilaungkan oleh golongan elit pemerintah di kedua-dua negara India dan Pakistan bukannya solusi kepada kemelut yang sedang dihadapi di rantau Asia Selatan. Kuasa-kuasa progresif di kedua-dua belah sempadan India-Pakistan mempunyai peranan besar untuk memperjuangkan keamanan, keselamatan rakyat dan kemakmuran bersama.
Korea Selatan: Parlimen undi untuk pecat Presiden
Perhimpunan Kebangsaan Republik Korea mengundi untuk memecat Yoon Suk-yeol daripada jawatan Presiden Korea Selatan.
Korea Selatan: Kuasa rakyat tewaskan cubaan kudeta Presiden dalam masa 6 jam
Yoon Suk-yeol, Presiden Korea Selatan yang berhaluan kanan, cuba meniru pemimpin diktator sebelum ini, seperti Park Chung-hee dan Chun Doo-hwan, untuk mengekalkan kekuasaannya melalui pelaksanaan undang-undang tentera, tetapi menemui kegagalan dalam tempoh masa 6 jam sahaja kerana rakyat Korea bangkit melawannya dengan tegas.
Sri Lanka: Perikatan kiri menang lebih dua pertiga kerusi parlimen
Perikatan parti politik berhaluan kiri memenangi lebih 70% kerusi parlimen dalam pilihan raya parlimen Sri Lanka baru-baru ini.