Evo Morales, Presiden Bolivia yang dipilih secara demokratik, telah mengumumkan perletakan jawatan pada 10 November 2019, selepas pihak tentera menyatakan sokongan terhadap kudeta yang dilancarkan oleh golongan berhaluan kanan. Golongan berhaluan kanan telah melancarkan demonstrasi dan rusuhan selepas Pilihanraya Umum di Bolivia pada 20 Oktober 2019. Evo Morales diisytihar menang dalam Pilihanraya Presiden yang diadakan … Continue reading Bolivia: Kudeta golongan kanan pijak demokrasi rakyat
Argentina: Progresif kalahkan Macri untuk kembali berkuasa
Penyandang jawatan Presiden Argentina yang mendukung kuat ekonomi neoliberal, Mauricio Macri, mendapat tamparan hebat akibat daripada dasar pemerintahannya selama 4 tahun kebelakangan ini yang anti-rakyat, apabila kalah dalam Pilihanraya Umum Argentina yang diadakan pada 27 Oktober 2019. Golongan Peronis kembali berkuasa dengan bekas Presiden Cristina Fernández de Kirchner akan memegang jawatan Timbalan Presiden untuk penggal … Continue reading Argentina: Progresif kalahkan Macri untuk kembali berkuasa
Bolivia: Morales menang dalam Pilihanraya Presiden untuk kali ke-4
Evo Morales menang dalam pusingan pertama Pilihanraya Presiden yang menyaksikan persaingan sengit, dan meneruskan kepresidenannya untuk kali keempat berturut-turut. Pada 24 Oktober 2019, dengan 99.9% undi telah dikira, Tribunal Pilihanraya Agung Bolivia (TSE) mengisytihar secara rasminya Evo Morales sebagai pemenang Pilihanraya Presiden yang diadakan pada 20 Oktober 2019. Evo Morales, calon daripada Gerakan untuk Sosialisme … Continue reading Bolivia: Morales menang dalam Pilihanraya Presiden untuk kali ke-4
Chile: Rakyat bangkit lawan neoliberalisme
Lebih 1 juta orang membanjiri ibu negara Chile, Santiago, pada 25 Oktober 2019, untuk memprotes terhadap dasar ekonomi neoliberal yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Presiden Sebastián Piñera yang berhaluan kanan. Gelombang protes yang melanda Chile sejak dua minggu kebelakangan ini, tercetus akibat daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap kenaikan tambang pengangkutan awam, kos sara hidup yang … Continue reading Chile: Rakyat bangkit lawan neoliberalisme
Chile: Kenaikan tambang metro cetuskan kemarahan rakyat
Kemarahan rakyat Chile terhadap kenaikan kos sara hidup meletus menjadi gelombang protes yang terbaru. Kerajaan Chile mengisytihar darurat pada hari ini (19 Oktober 2019) di ibu negara itu, Santiago, berikutan protes rakyat membantah kenaikan harga tambang metro menjadi semakin hebat dan berlakunya perbuatan vandalisme yang berleluasa. Darurat di Santiago yang diisytihar oleh Presiden Chile Sebastián … Continue reading Chile: Kenaikan tambang metro cetuskan kemarahan rakyat
Brazil: Pelampau kanan dipilih sebagai Presiden
Keputusan pengundian pusingan kedua Pilihanraya Presiden Brazil yang berlangsung pada 28 Oktober 2018, telah mencetuskan kebimbangan ramai orang di Brazil dan juga di peringkat antarabangsa, kerana negara terbesar di Amerika Selatan tersebut telah memilih seorang Presiden yang paling reaksioner and anti-demokratik sejak peralihan ke demokrasi di Brazil lebih 3 dekad dahulu. Jair Bolsonaro, seorang ahli … Continue reading Brazil: Pelampau kanan dipilih sebagai Presiden