Pilihanraya merupakan satu komponen yang penting dalam demokrasi. Rakyat dapat memilih wakil rakyat yang mewakili mereka dalam sistem perundangan ataupun kerajaan yang mentadbir sesebuah negara melalui cara pengundian dalam pilihanraya. Negara Malaysia mengamalkan sistem Westminster, iaitu sejenis sistem politik berparlimen yang bermodelkan apa yang dibangunkan di negara Britain. Di bawah sistem ini, pada kebiasaannya, sistem … Continue reading Pembaharuan untuk Sistem Pengundian dalam Pilihanraya: Menuju perwakilan yang lebih adil dalam sistem perundangan negara
Mahathir suruh jangan minta gaji lebih?
“Negara kaya seharusnya mempunyai rakyat yang punya kuasa beli yang meningkat, bukan hanya kadar gaji atau upah yang tinggi.” Ini adalah yang dikatakan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Ogos 2018 semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri. (rujukan berita: Negara kaya punya daya beli tinggi, bukan upah - Dr Mahathir ) Kenyataan ini … Continue reading Mahathir suruh jangan minta gaji lebih?
Batal Projek Lebuhraya PIL1 sekarang!
Lebuhraya tidak bawa kita ke mana-mana Batal PIL1 sekarang! (Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Choo Chon Kai, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, pada 7 Ogos 2018) 1. Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya membatalkan cadangan untuk Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL1). Ini kerana pembinaan lebuhraya dengan 6 … Continue reading Batal Projek Lebuhraya PIL1 sekarang!
Kisah seorang pengawal keselamatan di sekolah kerajaan
Shazni ialah seorang pekerja kawalan keselamatan yang bekerja di sebuah sekolah kebangsaan untuk selama 10 tahun. Gaji sebulannya lebih kurang RM 1,800. Dia bekerja 12 jam sehari, dan 7 hari seminggu. Jika Shazni mahu berehat untuk satu hari, dia perlu mencari seorang pengganti dengan membayarnya RM 50 sehari. Shazni tidak diupah terus oleh kerajaan walaupun … Continue reading Kisah seorang pengawal keselamatan di sekolah kerajaan
Pekerja suka kerja OT?
Tahukah anda berapa jam kerja lebih masa (OT) dibenarkan dalam sehari? Mengikut Seksyen 60A(3)(b) Akta Kerja 1955, “kerja lebih masa” (OT) ditakrif sebagai jumlah jam berlebihan selepas waktu kerja biasa dalam sehari. Mengikut Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980, seseorang pekerja dibenarkan membuat kerja lebih masa sehingga 104 jam dalam mana-mana satu bulan. Maksudnya … Continue reading Pekerja suka kerja OT?
Cabaran untuk pekerja Malaysia
Pada takat ini, negara kita mempunyai tenaga kerja seramai 14.4 juta orang, dengan kadar pengangguran lebih kurang 3.5%. Di samping itu, adanya jutaan pekerja migran yang datang dari negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara yang lain, yang diupah untuk bekerja dalam sektor-sektor seperti pembuatan, perladangan, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan kerja-kerja domestik. Golongan pekerja, iaitu mereka … Continue reading Cabaran untuk pekerja Malaysia
