Persoalan Taiwan: Pertembungan kuasa besar dunia dan cabaran kepada keamanan serantau

Pergolakan rentas Selat Taiwan yang terbaru ini mengedepankan semula Persoalan Taiwan di mata dunia. Walaupun Taiwan sebuah negara yang merdeka secara de facto, tetapi Kerajaan China sentiasa mendakwa bahawa negara pulau itu ialah sebahagian daripada wilayahnya. Sementara itu, negara AS yang pernah menempatkan tentera di Taiwan dahulu telah mengambil pendirian yang kabur dalam Persoalan Taiwan untuk beberapa dekad kebelakangan ini untuk percaturan geostrategiknya. Namun, dengan persaingan kuasa geopolitik antara AS dan China semakin meningkat dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini, Persoalan Taiwan telah dijadikan sebagai pertaruhan.

Bina alternatif yang mampu cabar hegemoni arus perdana – Ucapan Dasar Kongres Nasional PSM 2021

Ini adalah kali kedua Kongres PSM diadakan secara atas talian kerana wabak COVID-19. COVID-19 dan kegawatan ekonomi yang disebabkan olehnya telah membawa impak besar kepada bukan sahaja kesihatan dan ekonomi rakyat, bahkan dalam senario politik negara dan antarabangsa juga. Adalah amat penting bagi sebuah parti kiri untuk memahami senario baharu yang sedang diakibatkan oleh wabak COVID-19 supaya dapat mengatur strategi untuk memperkukuhkan gerakan progresif di Malaysia.