Sistem kesihatan sesebuah negara mencerminkan semangat negara itu - sejauh mana kita menunjukkan belas kasihan kepada pesakit, orang tua dan orang miskin? Sama ada kita membina sebuah sistem berasaskan solidariti yang memastikan setiap orang memperoleh penjagaan kesihatan yang diperlukan mereka tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka? Adakah kita melakukan secukupnya untuk menyokong pertugas kesihatan dalam sektor awam yang kini sedang bekerja dengan waktu yang terlalu panjang untuk berkhidmat kepada pesakit mereka?
Dana awam untuk perkukuhkan kesihatan awam, bukan untuk jamin keuntungan korporat swasta
Memperkukuhkan sistem awam pasti dapat menjamin kelestarian, keadilan dan ketahanan negara dalam menghadapi krisis kesihatan pada masa hadapan.
Pelancongan perubatan bukan penyelesaian kepada krisis sistem kesihatan, sebaliknya jejaskan kesihatan awam
Pelancongan perubatan hanya memanfaatkan hospital swasta, pelabur dan golongan kaya, bukannya rakyat biasa. Hasil yang dijana daripada pelancong kesihatan luar negara tidak akan kembali kepada hospital awam. Sebaliknya, keuntungan ini diedarkan dalam kalangan syarikat korporat dan pemegang saham, sementara sistem kesihatan awam kekal kekurangan dana dan dibebankan secara berlebihan.
Tangguhkan RUU Pembaharuan Semula Bandar hingga tahun depan
Kebimbangan terhadap RUU Pembaharuan Semula Bandar harus ditangani supaya persefahaman yang lebih meluas dapat dicapai sebelum RUU yang dipinda dan ditambah baik ini dibentangkan di Parlimen.
Santuni rakyat dengan kemerdekaan sejati
Rakyat hanya benar-benar disantuni dengan adanya kemerdekaan sejati. Menegakkan kemerdekaan sejati merupakan proses yang memerlukan penglibatan rakyat dari bawah dengan kesedaran politik yang bersifat pembebasan. Tiada jalan pintas untuk kemerdekaan sejati.
Perlu pertimbangkan semula pengharaman vape
Undang-undang yang menjenayahkan penggunaan vape walaupun dalam ruang peribadi rumah seseorang individu atau ruang yang dikhaskan untuk vape, adalah capaian kuasa kerajaan yang melampau.
Amalan “mempontianakkan” musuh politik memperbodohkan dan memecahkan rakyat
Kita harus menolak permainan politik yang “mempontianakkan” pihak lawan.
RMK13: Tiga idea yang lapuk dek zaman
RMK13 penuh dengan idea kapitalis lapuk dan bakal mengundang keburukan kepada rakyat marhaen.
Adakah cadangan pencen KWSP dalam RMK13 itu solusi yang baik?
Kita tidak mahu pengagihan semula gaji sendiri yang sedia ada dan sedikit itu, tetapi menuntut pengagihan semula kekayaan masyarakat supaya semua orang dapat menjalani kehidupan hari tua secara bermaruah.
Mengenai Perang Kemboja-Thailand
Pendamaian antara negara adalah satu-satunya penyelesaian yang adil untuk rakyat terbanyak.
