Satu mekanisme yang selamat harus diwujudkan untuk memantau kes-kes positif COVID-19 yang belum lagi dipindahkan ke hospital atau asrama COVID-19. Satu sistem pemantauan yang sesuai akan membantu kita dalam memastikan bahawa mereka yang mengalami keadaan merosot dan mereka yang tidak dapat mengamalkan pendekatan pengasingan yang sesuai di dalam rumah sendiri, akan dapat dimasukkan lebih awal ke dalam kemudahan COVID-19 yang disediakan.
Masa depan Malaysia bergantung kepada vaksinasi terhadap COVID-19
Program vaksinasi besar-besaran bukan sahaja satu keperluan, malah harus dilaksanakan pada kadar segera.
Vaksin, pekerja migran dan keimunan kelompok
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat perbincangan yang sedang berlaku di Malaysia mengenai sama ada kita patut menawarkan pemvaksinan COVID-19 secara percuma kepada pekerja-pekerja migran yang berada di Malaysia atau tidak. Sesetengah warga Malaysia marah tentang wang cukai kita yang mungkin akan digunakan untuk mensubsidi pekerja-pekerja migran ini khususnya mereka yang tidak berdokumen. Sesetengah orang pula … Continue reading Vaksin, pekerja migran dan keimunan kelompok
Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan
25 Januari 2021 yang akan datang ini menandakan genapnya setahun kes COVID-19 pertama disahkan Malaysia. Sepanjang setahun yang lalu, bukan sahaja negara Malaysia, malah negara-negara di seluruh dunia, telah mengalami impak yang teruk akibat daripada pandemik yang paling hebat pada zaman kita. Setakat ini (8 Januari 2021), jumlah kes jangkitan COVID-19 yang terkumpul di seluruh … Continue reading Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan
Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Ianya cukup jelas bahawa kita memerlukan vaksin COVID-19 bagi melawan pandemik koronavirus. Jika sejumlah besar populasi kita diimunkan secara signifikan – biarpun buat hanya sementara waktu atau untuk tempoh selama setahun atau dua – pastinya kadar jangkitan koronavirus akan menurun. Sekaligus, bermakna yang kita dapat mengurangkan tahap penjarakan sosial, serta lebih … Continue reading Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!
Langkah-langkah pencegahan COVID-19 perlu diambil oleh syarikat yang kembali beroperasi
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan pada 4 Mei 2020, dengan semakin ramai pekerja kembali ke tempat kerja, kesihatan dan keselamatan pekerja menjadi perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak majikan yang memulakan semula operasi perusahaan mereka. Majikan harus bertanggungjawab dalam melindungi semua pekerja, termasuklah pekerja migran. Antara tindakan yang perlu diambil … Continue reading Langkah-langkah pencegahan COVID-19 perlu diambil oleh syarikat yang kembali beroperasi
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan lesen keluar rumah sesuka hati – Satu penerangan ringkas
oleh Dr Cecilia Anthonysamy Mungkin ada yang salah faham. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei 2020 adalah untuk membenarkan aktiviti mencari makan dan menjana pendapatan, supaya rakyat tidak merana kerana tiada duit dan tiada makan. Semasa PKPB, orang awam boleh keluar berdua atas tujuan membantu orang tua, dan membantu isi rumah yang perlu bantuan untuk membeli barang runcit dan pasar yang lebih … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan lesen keluar rumah sesuka hati – Satu penerangan ringkas
Majikan perlu patuhi sepenuh garis panduan KKM
oleh Sivaranjani Manickam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pada 10 April 2020 bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan bisnis daripada sektor yang terpilih untuk kembali beroperasi secara berperingkat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, syarikat-syarikat yang berkenaan hanya boleh memulakan operasi mereka selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Senarai perkhidmatan … Continue reading Majikan perlu patuhi sepenuh garis panduan KKM
Trump jadikan WHO kambing hitam untuk kegagalannya menangani COVID-19
Pada ketika dunia sedang dilanda pandemik, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada 14 April 2020 bahawa Kerajaan AS memutuskan untuk menghentikan sumbangan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pengumuman ini dibuat pada ketika angka kematian seluruh dunia yang disebabkan oleh wabak COVID-19 telah mencecah 130,000 orang, dan negara AS sendiri merupakan negara yang … Continue reading Trump jadikan WHO kambing hitam untuk kegagalannya menangani COVID-19
COVID-19: Perlu bebas dari cengkaman paten syarikat ubat gergasi
oleh Sivarajan Arumugam Ketika dunia sedang melawan pandemik COVID-19 secara berani, kita perlu membuat penilaian ke atas industri farmaseutikal, sama ada ia memainkan peranannya secara berkesan dalam melindungi kita daripada penyakit sebegini. Malangnya, industri menjana bertrilion dollar seluruh dunia ini tidak begitu benar-benar melabur dalam inovasi untuk menghasilkan ubat baru dalam beberapa dekad yang lalu. … Continue reading COVID-19: Perlu bebas dari cengkaman paten syarikat ubat gergasi