Ternyata bahawa gerakan kiri di Malaysia berdepan dengan cabaran yang perit. Walau bagaimanapun, PSM mempunyai idea untuk membawa negara ini ke hadapan. Dan PSM sedang bekerja keras untuk membina gabungan parti dan gerakan rakyat progresif yang boleh memenangi kuasa.
Bagaimana menjana pekerjaan untuk 1.2 bilion pekerja dunia?
Salah satu isu utama ialah pelaburan tidak mencukupi dan seterusnya penjanaan pekerjaan di negara-negara sedang membangun juga tidak mencukupi. Isu ini harus dibedah siasat dan difahami secara menyeluruh sebelum penyelesaian dapat dicadangkan.
Belanjawan 2026: Kerajaan MADANI kebuntuan idea baharu
Belanjawan 2026 meneruskan pendekatan kapitalis yang tidak menguntungkan rakyat biasa. Secara keseluruhannya, belanjawan ini tidak begitu berbeza daripada belanjawan-belanjawan sebelum ini.
“Menaikkan lantai”: Petunjuk yang lebih tepat diperlukan untuk pastikan pertumbuhan saksama
Petunjuk masa nyata yang sensitif adalah penting dalam memastikan hasrat RMK13 untuk mendorong pertumbuhan yang saksama supaya dapat dicapai. Pemantauan rapi adalah kunci untuk menterjemahkan retorik kepada realiti.
RMK13: Tiga idea yang lapuk dek zaman
RMK13 penuh dengan idea kapitalis lapuk dan bakal mengundang keburukan kepada rakyat marhaen.
Masalah pasaran bebas
Pernahkah kita terfikir apabila membeli barangan murah dalam talian, sama ada produk tersebut berkualiti atau tidak, dan bagaimana kebolehtahanannya? Memang ini merupakan kebimbangan setiap pengguna yang rasional, tetapi dalam dunia pemasaran hari ini, secara tidak langsung, pengguna juga sedar bahawa produk tersebut tidak akan tahan lama.
Malaysia negara kaya yang dimiskinkan
Kebergantungan kepada orang luar, sama ada pelabur atau rakan perdagangan, perlu dikawal supaya keperluan asas rakyat Malaysia terjamin dan terletak dalam tangan rakyat kita sendiri.
Kesan tarif Trump yang berkemungkinan terhadap rakyat biasa
Jika kemelesetan ekonomi melanda, ia mungkin akan berlaku dalam tempoh kira-kira setahun dari sekarang, kerana ia mengambil masa untuk kesan-kesan pengganda itu mula timbul. Ini memberikan kita masa yang mencukupi untuk merancang secara teliti bagaimana kita di Malaysia boleh menangani kemerosotan ekonomi ini.
Mengapa Malaysia tidak bangkitkan isu cukai korporat di peringkat ASEAN?
Penyelesaian sebenar kepada masalah hasil negara bukanlah dengan mengenakan cukai tambahan ke atas pengguna atau pekerja berpendapatan rendah. Sebaliknya, kutipan cukai perlu ditumpukan kepada mereka yang memiliki keupayaan paling tinggi – syarikat gergasi dan individu terkaya di negara ini.
Adakah SST jelmaan semula GST?
Adakah rakyat biasa dipaksa membayar cukai yang lebih banyak sementara pilihan tempatan di pasaran dikurangkan?
