Belanjawan 2026 meneruskan pendekatan kapitalis yang tidak menguntungkan rakyat biasa. Secara keseluruhannya, belanjawan ini tidak begitu berbeza daripada belanjawan-belanjawan sebelum ini.
Pelaburan dalam pengangkutan awam harus jadi keutamaan negara!
Setiap ringgit yang disalurkan kepada pengangkutan awam ialah pelaburan untuk masa depan yang lebih inklusif, adil dan menuju ke arah kualiti hidup yang lebih baik untuk semua.
Lembu di ladang: Perjuangan untuk mata pencarian dan keterjaminan makanan
Penternak-penternak lembu di kawasan ladang menawarkan penyelesaian tempatan untuk isu keterjaminan makanan, tetapi mereka menghadapi pengusiran secara sistemik.
Maghribi: Gen Z berprotes untuk kesihatan, pendidikan dan kehidupan bermaruah
Golongan demonstran Gen Z di Maghribi menuntut penambahbaikan terhadap pendidikan dan kesihatan awam, sementara mempertikaikan pembaziran wang kerajaan dalam projek-projek yang dibangunkan untuk pertandingan bola sepak Piala Negara-negara Afrika 2025 dan Piala Dunia FIFA 2030.
Tangguhkan RUU Pembaharuan Semula Bandar hingga tahun depan
Kebimbangan terhadap RUU Pembaharuan Semula Bandar harus ditangani supaya persefahaman yang lebih meluas dapat dicapai sebelum RUU yang dipinda dan ditambah baik ini dibentangkan di Parlimen.
Madagaskar: Protes anak muda paksa Presiden bubarkan kerajaan
Madagaskar telah dilanda gelombang protes yang diterajui oleh golongan anak muda baru-baru ini sehingga Presiden Andry Rajoelina terpaksa membubarkan kerajaan untuk meredakan keadaan.
Tangani krisis bandar: Perlu kesungguhan politik untuk penyediaan rumah mampu milik dan pembangunan bandar mampan
Keluarga B40 menghadapi beban kos sewa tinggi, sukar membeli rumah, atau terpaksa berpindah jauh ke pinggiran bandar tanpa akses mudah kepada pengangkutan dan kemudahan. Penyewa juga menghadapi kesukaran merundingkan harga sewa yang adil di pusat bandar seperti Kuala Lumpur.
Itali: Pekerja bermogok untuk bersolidariti bersama Palestin
Apa yang berlaku pada 3 Oktober 2025 di Itali merupakan sesuatu yang jarang sekali berlaku sebelum ini, iaitu aksi mogok politik besar-besaran yang mengangkat semangat solidariti antarabangsa dan menentang imperialisme. Ini sesuatu yang memberangsangkan dan memberi inspirasi kepada gerakan pekerja di merata tempat di dunia.
Saifuddin perlu imbas sejarah – Polis sepatutnya memudahkan bukan menghalang perhimpunan aman
Kerajaan yang benar-benar menghormati kedaulatan undang-undang tidak akan takut kepada suara rakyat — sebaliknya akan memastikan suara itu disalurkan secara aman dan dilindungi oleh undang-undang
Bebaskan semua anak kapal GSF! Hentikan genosid di Gaza!
PSM mengecam sekeras-kerasnya tindakan haram rejim Zionis Israel yang menyerang Flotila Sumud Global (GSF) dan menculik peserta-peserta yang menaiki kapal-kapal dalam misi kemanusiaan itu.
