12191058_512297165605040_3051305661382942709_n

14 pertuduhan yang dikenakan ke atas Khalid Ismath sejak tahun 2015 telah digugurkan!

Pihak Peguam Negara telah menggugurkan pendakwaan terhadap Khalid Ismath berkaitan dengan tulisannya dalam media sosial yang dituduh menghina Sultan Johor.

Khalid Ismath ditangkap pada 7 Oktober 2015 dan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 13 Oktober 2015. Sebanyak 14 pertuduhan dikenakan ke atas Khalid Ismath, antaranya 11 pertuduhan dibuat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, dan 3 lagi di bahawa Akta Hasutan. Pertuduhan tersebut adalah berkaitan dengan posting Khalid dalam media sosial yang dikatakan mengkritik Sultan Johor. Pada awalnya Khalid Ismath tidak dibenarkan ikat jamin, namun akhirnya mendapat dikat jamin di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 Oktober 2015. Khalid telah ditahan selama 22 hari.

Setelah kes berjalan untuk hampir 3 tahun, akhirnya pihak pendakwaan menggugurkan pertuduhan terhadap Khalid Ismath.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *